Pages

Friday 31 May 2013

Sambal Udang Kertas

Assalamualaikum...

resepi ni aku dah lupa bila masak
tengok dalam album
laaaaaaaaaaaaa..
ada sambal udang kertas
boleh lah syer dengan kawan2 resepi ni
sangat simple
makan dengan nasi lemak pun sedap

ermmm terliur lah pulak
lapornya
malam ni nak masak apa ye

ok ok ok
rersepi now

Bahan-bahanya
  • Udang kertas
  • Bawang Merah *
  • Bawang Putih *
  • Cili Kering *
  • Bawang Besar
  • Kicap
  • Gula
  • Garam
  • Sos Cili
  • Asam Keping
itu bahan aku guna..
mula2 kisar bahan bertanda *
tumiskan bawang besar dan masukkan bahan yg telah dikisar td
masukkan kicap garam gula sos cili (sikit2 dan agak2 jelah rasenya)
pastu boleh lah masukkan udang dan asam keping
dan tunggu lah sampai masak

taraaa..... sedap sangat2 antara fabrek aku lah

terliur pulak aku rase Selamat Mencuba..
Udang Kertas Masak Sambal
malas2 hari ini setakat ni dah dapat 2 entri.. keje langsung tak buat..stinbung keje nak kene buat..

Ya Allah semoga aku lebih rajin lebih semangat nak buat.. APC dan dicalonkan..

p/s : aku ada terbaca kat satu blog pasal ejaan/taipan entri yg sangat ringkas macam dalam hanfon menyebabkan orang tak berminat baca blog kita. Insyaallah aku cuba taip perkataan full.


Pokok Daun Pandan

Assalamualaikum...

lame sangat tak update blog
saje nak pos pokok daun pandan
pokok ni hasil ma dan abah tanam
nak harapkan aku mati terkontang kanting pokok

hari tu ma tanam 2 pokok tapi yg hidup 1 pokok je
rumah kuartes aku dalam kebun jadi ada tempat nak tanam
cuma rajin ngan malas je
walaupun aku keje bawah MOA inc tapi aku 
tak pandai nak bercucuk tanam ni
aku pun keje bahagian akaun
keh keh keh

itu je.. 

ni lah dia pokok nya

aku pun da petik daun ni masak bubur gandum hari tu tp tggu dia kembang lg..
itu je untuk hari ni

ntah rase malas sgt nak pikir ayat

keje banyak ni

ntah mod xde nak buat

p/s : hr ni bawak Afina klinik cek 9 bulan xcucuk pun cuma timbang je 9 bulan berat da 8.5 kg Alhamdulillah sihat dan perkembangan yang normal. khamis ni nak p klinik gigi cek gigi 4 Afina.

p/s : macam mana ye dapat staff bawah kita yang lebih tua yang blh dgr arahan kita. taulah aku muda. aku cuma menjalankan tugas dan mengikut arahan je. stress juga kadang2 tu.


Wednesday 29 May 2013

Daging Goreng Kunyit | Sambal Belacan

Assalamualaikum...

resepi ni aku dinner malam td
maksud aku antara nya sebab ada 4 lauk malam td
Sayur petola + sawi + kubis masak lemak
resepi nya aku pernah syer kat sini
pastu ada ikan cencaru goreng kunyit je

resepi pertama, resepi ma aku dari kecik sampai besor mkn sampai mak mertua minta resepi
sedap jugaklah walaupun simple

Daging Goreng Kunyit
  • Daging
  • Serbuk Kunyit (akuguna kunyit hidup tumbuk dengan garam)
  • Garam Halus
  • Asam keping
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih 
  • Cili Padi
  • Minyak masak
aik macam banyak je bahan dia

ok.. mula2 masukkan daging ke dalam kuali bersama serbuk kunyit dan garam serta asam keping
pastu biar sampai daging masak empuk bersama air nya
lepas air daging da kering masukkan minyak masak sikit agak2 blh goreng daging tu
masukkan bawang merah bawang putih dan cili padi yg siap di mayang
tunggu sehingga daging da garing
dan angkat dan siap di makan bersama nasi panas

Hahaha buruknye nampak rupa dia. tp rase sedap. sebenarnya gambar ni gelap. aku xperasan. pas ambik xtgk balik. tp blh lah

Sambal Belacan

  • Cili Padi
  • Garam
  • Gula
  • Limau Nipis (aku guna cuka sebab limau nipis xde)
  • Belacan

tumbuk semua bahan-bahan diatas pastu siap blh dimakan

aku buat sikit je. itu pun xhbs pedas yg amat.
itu je untuk hari ni semput2 nak balik dah ni (entri ni patut ptg semalam jd aku xejas ayat pun)

p/s : patut nye entri ni aku publish semalam tp apa kan daya tengah last menaip tiba2 bos panggil jd kene publish hari ni. br ingt hari ni nak buat wordless wednesday tp mcm xde pict xpe perlu ucap kata2.


Tuesday 28 May 2013

Family Day KSK LPP Pahang (Lanjut Golden Beach & Golf Resort)

Assalamualaikum...

ni cite lame
bulan lps punya celite
tp xpelah suka-suka hati baru nak syer
family day ni biasa lpp pahang buat 4 tahun sekali
ni kali ke 2 diadakan sejak aku kije lah nk masuk 5 thn
sblm ni thn 2009
buat di cameran tp aku xgi sebab ms tu abg nak tunang
tahun ni dpt lah ikot p same dgn kesayangan 2 org tu
di buat kat Lanjut Golden Beach & Golf Resort Rompin Pahang
bg aku tempat ni best kalo buat family day sebab ramai
kalo persendirian mcm sunyi je tempat dia tapi cantek menarik bg pendapat aku lah

ini lah 1st time bawak Afina bercuti risau takot semua ada tp xcuba xtau kan
lg pun Afina da beso dpt plak ummi ngan abah yg suka jln2

Surat jemputan tanpa pikir panjang terus daftar name padahal masa tu Afina demam bab cakap member daftar dulu pergi ke tak tu no 2

ok jadi sehari sebelum p tu da siap barang yang nak bawak yg plng penting barang Afina maklumlah ms tu Afina da 8 bln da blh makan kene pikir makan minum dia
Alhamdulillah kalo susu Afina df ngan aku je memudahkan segala urusan

barang-barang untuk travel dgn baby 8 bulan
ini semua barang Afina ummi ngan abah cuma 1 beg kongsi je

Antara barang yang aku bawak untuk bermalam 3 hari 2 malam
beg baju termasuk pamapers aku bawak lebih
bantal tilam kecik selimut
rocker sebab takot Afina susah nak tido tp xde bawak pun xpe aku standby je sebab Afina siang tido buai
bakul isi barang makan ada biskut slow cooker barang2 nak masak bubur dia
aku bawak bilis sangai dengan beras yg siap di instat kan dan carrot sebab payah buruk takot resort tiba2 xde peti ais
beg angry bird tu mane2 p pun ada alat2 mekup termasuk pampers dan beg susu serta pam susu dgn botol kosong
itu je

Kunci chalet kami
cukup x sekeping gambar.. blakang tu tempat resort kami menginap tp aku belakang nye
Ni chalet kita orang duduk ada 3 bilik
ni sebahagian gambaran dalam chalet tu
toilet.. sangat2 bersih puas hatilah jugak
 aku pakai baju blue sebab ikut tema aku disenaraikan dalam group blue..
tp cumil jugak walaupun aku xsuka biru..

itu je cite nya sebab malas nak mengarang lbh2 kot2 org jemu nk baca.. itu pun kalo ada org baca..

sekian.. hepy family

p/s : kalo sempat aku nk syer resepi  makan malam td. tengoklah dulu br nk update blog da ada kije plak nk buat.. nsb baik cite ni da ada dlm draf sparuh..


Monday 27 May 2013

Ayam Masak Kicap | Ikan Masak Pindang | Sayur Kubis Sawi Goreng

Assalamualaikum...

Aku tak tahu bila masak resepi ni.. dah lupa..
tp menu ni utk makan malam
sedap lah jugak skali skala masak rebus
tp segala resepi yg aku syer ni cara aku lah
kadang2 terkurang bahan yg penting rase ok
dan sedap..
dan kenyang...
ok...

Ayam Masak Kicap
  • Ayam
  • Bawang Merah *Tumbuk
  • Bawang Putih *Tumbuk
  • Halia *Tumbuk
  • Kulit kayu Manis 
  • Bunga Lawang
  • Kicap
  • Gula
  • Garam
  • Sos Cili
  • Cili Kering *Kisar
  • Bawang Besar *Potong bulat2
  • Cili Merah *Belah 2
  • Tomota *Belah 6
Mula-mula gorengkan ayam bersama dengan kunyit, halia dan garam yang tumbuk perap kejap dan georeng.
pastu tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bahan yang ditumbuk, pastu masukkkan bawang besar, cili merah, kisap, gula, garam, sos cili, cili kisar, masak kan kejap pastu tambah sikit air untuk bagi ada kuah, kalo xnk kuah pun xpe.pastu masukkan ayam yg siap digoreng td. dan last sekali masukkan tomato.

da siap blh makan...
siap untuk dihidang.. aku suka berkuah sikit..
Ikan Selar Masak Pindang
  • Ikan Selar
  • Serai *diketuk
  • Halia *
  • Bawang Putih *
  • Bawang Merah *
  • Kunyit Hidup *
  • Asam keping / Asam jawa
  • Garam *
  • Bawang Besar
  • Cili Merah
  • Tomato (blh tambah kalo ada)
  • Air secukupnya
Tumbuk semua bahan yang bertanda * dan tumiskan bersama serai sehingga naik bau.
Masukkan air tunggu sehingga mendidih
masukkan ikan asam keping bawang besar dibelah 4 dan cili merah dibelah 2 tggulah hingga masak.

 siap untuk dihidang...
ikan masak pindang namenye.. aku ingat ikan masak minang.. kalo tidak malu je
Sayur Kubis Sawi Goreng
  • Kubis
  • Sawi bunga
  • Carrot
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Kicap
  • Bawang Besar *
  • Bawang Putih *
  • Cili Merah *
Mayang semua bahan bertanda * pastu tumiskan dalam kuali dengan minyak sikit masukkan ikan bilis serta secubit garam
pastu da wangi masukkan sayur carrot diikuti kubis dan last sawi
renjiskan sedikit kicap
siap untuk dimakan...

sayur goreng simple

itu je 3 lauk menu makan malam kami 2 beranak

Selamat Mencuba..

p/s : hari ni baru dapat update blog bila cuti hujung minggu aktiviti banyak yg hendak dibuat ni.. Alhamdulillah td En Khu belanja pizza hut kenyang sgt semoga rezeki En Khu murah selalu.


Wednesday 22 May 2013

Wordless Wednesday #2 ~ Meter Minyak Klip2

Assalamualaikum...

tiada
ada
p/s :  malasnya nak pi isi minyak walaupun stesen minyak sebelah rumah. sempat lah esok sehari. hari jumaat baru isi and balik kg bahau. hari sabtu p umah pak sedara kat kuang.. bestnya cuti 3 hari.


Tuesday 21 May 2013

Kopi Cap Cikgu

Assalamualaikum...

sedap ke kopi ni
bg aku sangat sedap lah antara kopi kopi yg pernah aku minum
biasa kopi ni buat waktu petang
ma aku yg rekemen kopi ni
sedap pulak
buat O pun sedap campur susu pun sedap


kopi cap cikgu
itu je.. entri suka-suka

p/s : hari ni kesayangan saya demam. semoga cpt sembuh ye..

Home Made Finger Food : Teething Biscuit

Assalamualaikum...

aku sebenarnya xtau name biskut yg aku buat ni
jadi aku copy je name nya ikut kebanyakkan org sebut

aku guna roti masimo warna hijau buang yg tepi
pastu lenyek2 kan dia aku guna tangan je
siap lenyek sapu puree pear tgk kat sini cara nak buat
pastu

pastu gulung macam ni n bakar dalam oven suhu 150 darjah celcius masa dalam 30 minit hingga 1 jam terpulang lah. kalu korang drpd 30 minit takot dalam xmasak. 
lupa nak snap picture yg da siap masak.. Afina bila mkn mcm pelik je agaknya lama sgt ummi xbuat.

p/s : kalo ada masa memang aku akan buat sendiri makanan untuk Afina ni. tp kdg2 masa menceburii aku. tp skrg da takot nak cuba mcm resepi mantain makan yg same Afina ada masalah sembelit kalo cuba menu makanan baru.


Puree Pear

Assalamualaikum..

ok.. nak syer
cara nak buat puree pear
aku buat puree ni pada hujung minggu je
puree pear ni aku buat nak bg Afina lawas berak
kesian dia time umah BS skrg ni bukan suka minum susu nak direct ngan ummi je
tp syukur jugak direct lebih fresh..

puree ni blh tahan 3 hingga 6 bulan kalo letak dalam deep frezer tp seeloknya bg pendapat aku lebih baik buat sikit cukup untuk 1 week je
makanan ni lebih baru lebih fresh kan

ok silakan tengok cara buat sebab rajin snap free skit masa buat ni semalam Afina pun tido..

buah pear fresh yang da masak kekuningan sikit2 bila cium bau harum pear..
rebus/kukus buah pear ni  yg da siap kupas kulit. aku rebus je sebab nak ambik air bland skali 6t tp baik stim zat xhilang terpulang lah
da masak sejat tapiskan air da sejukkan. air jgn buang 6t leh campur masa nak bland
Bland kan buah pear tadi
siap di bland. aku bland sehalus yg mungkin

pastu letak dalam ais cube ni. aku beli yg biasa je cari yg ada tudung xjumpa masa tu nak cepat tp ok je balut dgn plastik je da keras blh letak dlm tupperware
bila da siap blh lah letak dalam deep frezer. bekukan dalam 1 hari je. aku buat biasa blh thn dalam 1 hingga 2 week je.

walaupun Afina da 8 bulan aku masih buat puree senang nak masak bubur ekspress pagi2.

sekian.. selamat mencuba...

p/s : sebenarnya ni entri semalam tp sebab da nak balik aku draf je dulu hari ni membebel kat picture tu.. hahaha pg2 da update blog apalah nak jd.

Monday 20 May 2013

Sayur Kangkung Goreng

Assalamualaikum...

Nak syer resepi yg aku masak untuk dinner malam tadi
telur dadar
ikan masak kicap
dengan kangkung goreng biasa
da lame tak goreng kangkung belacan
sebab my sayang alegik dengan belacan
kesian kat dia
jadi aku goreng kangkung biasa je utk same2 boleh makan

ni bahan-bahannya :

  • Sayur kangkung
  • Bawang Merah *
  • Bawang Putih *
  • Cili Padi *
  • Cili Merah
  • Bawang Besar
  • Ikan Bilis *
  • Garam halus

tumbuk semua bahan yang bertanda * pastu bawang besar dan cili merah mayang mcm biasa.
tumiskan bahan yang telah ditumbuk masukkan bawang besar dan cili merah yg siap dipotong
da wangi masukkan sedikit garam
masukkan sayur kangkung dan renjis kicap
goreng kejap je jgn sampai sayur layu nanti zat hilang

itu je da siap taraaaa.....

kangkung goreng biasa versi sayer... Selamat Mencuba
aku suka masak mungkin banyak kat blog ni pasal resepi je. saja isi masa lapang syer ilmu yg ada ni semoga sikit sebanyak dpt jd rujukan.

p/s : 2 hari xupdate blog byk resepi nak syer tp plan2 lah dok. kalo hari minggu sibuk golek2 dgn anak nak tgk laptop pun xsempat hrp curi2 masa waktu kerja itupun kalo free skit. yg pntg keje siap.


Friday 17 May 2013

Bubur Nasi Bayi Ekspress

Asslamualaikum...

ok.. aku nak syer masak bubur nasi yg sangat ringkas dan cepat bg ummi yg bekerjaya macam aku
aku bukan xle buat frozen tp kadang2 kesian tgk bila makan makanan dalam peti
mcm aku pun xsuka makan makanan yg dipanaskan

byk pulak pembuka bicaranya

Bahan-bahannya :

  • Instant Beras
  • Puree
  • Stok Ikan Bilis

da itu je.. name pun ekspress aku buat resepi ni hari bekerja untuk bekal umah pengasuh kalo makan malam aku akan masak masa balik keje. hari cuti aku akan masak fresh2.

Beras ni di basuh bersih2 di tapis di sangai atas api plan2 dan di bland halus
kalau pagi aku besa masak 3 sudu untuk 2 kali makan
kalau petang 2 sudu
tapi biasa nya xhabis kadang habis
bangun pagi terus rebus air masukkan beras 3 sudu dan biarkan masak hampir nak kering sambil tu blh lah mandi solat bf Afina dan siapkan susu dia
kalo da hampir kering blh lah masukkan serbuk ikan bilis dengan puree tunggu lah dia masak
stok ikan bilis yang siap dibersihkan di sangai dan di bland. Alhamdulillah Afina x alegik makan bilis apa2 resepi pun akan letak sikit ikan bilis ni bagi rase NO SUGAR NO SALT
ni puree yang aku masak time snap picture ni ada puree ayam 4 kiub puree carrot 2 kiub puree buah plum 1/2 kiub Afina suka carrot

macam tu lah ye puan puan sangat mudah dan ringkas tapi tiada alasan xboleh masak untuk anak. lebih berkhasiat kalo kita masak sendiri anak pun lebih selera.

p/s : masak biar ikhlas. Insyaallah walaupun menu ringkas tapi anak makan dengan selera mesti kita sebagai ummi sangat senang hati sambil lompat2.



Bekalan Anak Ke Rumah Pengasuh

Assalamualaikum..

Hari ni nak syer bekalan biasa bawak kat umah BS
termasuklah pakaian, susu, makanan start 6 bulan

Beg Pakaian

  • baju 5 pasang (sebab Afina akan mandi 2 - 3 kali umah BS)
  • lampin 2 helai
  • tuala kecik 1 helai
  • baju tido 1 pasang (standby kot balik kerja lewat BS terus mandikan)
  • stokin 2 pasang (takot cuaca sejuk)
  • towel mandi ditukar 2 hari sekali
  • pampers aku bagi 1 paket besar terus habis je BS akan minta sbb BS aku cuma jaga anak aku sorg je


Bekalan Susu Afina 5 botol x 3oz ada 3 paket ais
Beg Susu
susu 5 botol (4oz x 5 botol)
yang ditanda no 1 - 5 dulu selalu mmg hbs 20oz dia minum dari kul 8 pagi sampai kul 5 petang
sekarang lps Afina da blh makan dan blh kenal puting botol ngan puting ori
susu botol da kurang dia lagi suka susu direct ngan ummi
aku bekalkan 5 botol x 3oz tu pun balik ada baki 2 botol
botol untuk minum susu aku bg 2 botol kot-kot BS xsempat nak basuh kan aku pakai botol jenis MAM itu je Afina blh terima puting dia.

Bekalan makanan Afina dengan Botol susu yang hijau tu botol air tupperware biru tu biskut kotnya nak mngunyah
Bakul Makanan
biskut letak dalam tupperware (aku try jugak buat sendiri finger food tp asek hangit je sementara aku terpaksa bagi yang beli biskut bites perisa pisang)
bekal makan pagi siap letak dalam bekas terus BS leh bg makan
makan tengahari dalam bekas asing panaskan terus masuk dalam bekas bg makan
aku isi bekas avent jadi panaskan guna warmer ngam ngam lah muat
Afina sekarang makan 2 kali sehari menu pagi tengahari same aku biasa akan masak waktu pagi guna istant beras yang aku buat sendiri puree yang sudah siap nanti aku tunjuk cara masak bubur ekspres tu ye.
botol air

ini hari-hari aku bawak termasuk beg baju 

itu je yang tiap2 hari aku bekalkan untuk Afina ke umah BS semua skali ada 2 bag 1 bakul kecik

p/s : semoga menjadi rujukan para ibu yang baru je menjadi ibu terutama nya adik aku. Bs aku da pindah rumah sebelum ni 1 km je skarang 7 km tp aku hantar je sebab Afina da serasi risau kalau tukar orang 6t lagipun BS aku da sayang sangat dengan Afina.


Thursday 16 May 2013

Bubur Nasi Dengan Bayam

Asslamualaikum...

Hari ni aku nak syer apa yang Afina makan setelah 6 bulan Afina da boleh makan solid food
aku banyak rujuk kat group ni ka FB :

Solid Food for My Baby
Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa berterusan aku dapat fully bf Afina 6 bulan sepenuhnya dan sampai sekarang Afina da 8 bulan setengah semoga aku dapat teruskan sehingga 2 tahun.. amin

biasa solid food pertama orang akan perkenalkan buah-buahan tapi aku terus bagi bubur nasi kosong yang sangat cair campur dengan sedikit susu

Afina ok makan. masuk 7 bulan baru aku bg bubur yang ada perisa sikit2

maksud aku ada tambah puree carrot je rase nya da lupa. kalo tambah banyak sangat puree Afina sembelit jadi makan apa yg blh je selagi dia xjemu yang penting air tangan ummi

masuk 8 bulan aku pelbagai kan lagi cite rase bubur tu

bubur nasi dengan bayam merah
ni salah satu menu fabrek Afina mesti habis satu pinggan tu dia makan
sambil bagi main sudu

Resepi bayi 8 bulan : Bubur Nasi dengan Bayam

  • Beras (aku sangai & balnd halus)
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Bayam Merah
  • Isi Ayam
  • Puree stok Ayam (buat sendiri)
  • Serbuk ikan bilis (buat sendiri)
  • Air
  • Unsalted Butter (anchor aku guna jenis ni)


Mula-mula cairkan unsalted butter
tumiskan bawang merah bawang putih sampai wangi
masukkan isi ayam, puree stok ayam tambah kan air dah mendidih
masukkan beras tunggu sampai air hampir nak kering
masukkan serbuk ikan bilis dan sayur bayam
da siap tapiskan.. boleh bagi makan terus

Afina suka sangat resepi ni
aku bagi bila petang atau hari minggu kalo pagi aku just masuk stok puree carot ngan stok puree ayam je sikit ikan bilis untuk bekal umah bs.
tapi aku teringin nak cuba macam2 resepi untuk Afina tapi masa xcukup sangat

p/s : hari ni 3 entri aku pos dalam sejarah lah tp yang ni da ada dalam draf suma edit sikit2 je..


Selipar

Assalamualaikum...

entri ke 2 hari ni.. dasyat..
Selipar toilet baru... keh keh keh
alah ikot suka aku lah nak buat entri apa kat blog ni saje nak jadi kenangan pada masa akan datang
kalo xnak baca sudah
aku suka kalo masuk toilet ke bilik mandi pakai selipar rase bersih je kaki..

ni selipar tinggal kenangan dari masa bujang nak pindah rumah beli sampai 2 tahun lbh baru putus itupun mungkin haus sebab asek kene air je kan

da dapat yang baru beli saiz besar sikit blh kongsi pakai.. beli rm10 alang beli baik yang elok lg pun jenis mcm ni pijak lantai xlicin lembut je
aku duk kuartes kayu lama. rumah aku tu tahun 1970-an
sebab tu nampak lantai macam tu sekarang mane ada.
kuartes sekarang da cantik umah batu bertingkat tingkat lagi

p/s : aku keje bawah MOA dpt Menteri Pertanian baru merangkap Ahli Parlimen Daerah Bera.. kene siap sedia lah pasni. aku rase nak pos 1 lg entri hr ni.. tgk lah kalo sempat taip draf da ada tinggal nak edit je..