Pages

Thursday 13 June 2013

Buka Akaun Tabung Haji

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Akhirnya selepas 9 bulan 7 hari Afina baru buka akaun tabung haji itupun atas usaha abah Afina nak tunggu ummi entah anak umur setahun baru buka buku tabung haji.

Kenapa aku pilih tabung haji? kenapa tidak buku akaun bank lain?

Sebab kalau tabung haji dah tentu perbankan islam. Duit itu pun sudah dikira dalam peruntukan zakat jadi tak payah nak pening-pening kira zakat  lagi. Tabung haji pun macam buku akaun lain juga boleh je nak kuar masuk. Tapi Afina punya penjaga yang boleh keluarkan. Tapi nak keluar buat apa kan biarlah duk dalam tu je untuk kegunaan Afina bila besar nanti sekurang-kurangnya adalah tabungan macam abah buat kat aku dulu.

Buku buku akaun baby dapatlah hadiah tabung bangunan tabung haji kiut je

itu je ceritanya.

p/s : aku ni minggu lepas hari khamis da MC pastu dah makan ubat baik kejap. Start semalam demam balik. Alhamdulillah nasib baik kepala tak pening.

p/s : baju tak kemas lg nak balik ganu.

p/s : hari tu pergi maybank nampak anak patung harimau. Dalam hati mesti Afina suka. Ingatkan boleh beli macam tu je. Rupanya kene buka buku simpanan kanak minimun RM 1k.


Wednesday 12 June 2013

MAOC

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hajat my sayang dan aku nak MAOC tercapai

apa tu MAOC?

My ALZA Owners'Club

yuran pendaftaran cuma RM 70.00 sekali je daftar

dapat lah ni .....


ada baju dengan stikers
pasni blh lah nak konvoi same2 ngan ALZA lain..

sekian..

p/s : aku sibuk sgt 2 3 hari ni sebab IT ibu pejabat install sistem kat sever baru.. esok baru setle kot. ingt blh setle hari ni. dah lah badan tak sihat. yang penting esok balik kg yes yes yes..


Sunday 9 June 2013

Ayam Bakar Masak Lemak Cili Api | Sayur Terung Goreng

Assalamualaikum..

Nak syer resepi dinner malam tadi (minggu lepas sebab duk dalam draf entri ni) keh keh keh
nak masak ayam tapi ayam ape ye?? mula2 tu pening lah jugak pikir nak masak apa
sebenarnya masak lg senang daripada pikir nak makan apa
buka peti tengok ada serai...  haaaaa... ok
pastu aah ada terung minggu lepas 2 biji cukuplah untuk digoreng

jadilah resepi ayam masak lemak
tapi kalau masak lemak gitu je my sayang xberapa sangat jadi terjadilah ayam bakar
bakar dalam pemanggang ajaib je pun

okeehhh da bebel ni bahan-bahannya :

Ayam Bakar Masak Lemak Cili Api
bahan A
  • ayam
  • kunyit serbuk 
  • garam
bahan B
  • kunyit hidup *
  • bawang merah *
  • bawang putih *
  • halia *
  • cili padi *
  • serai
  • bawang besar
  • garam
  • santan
  • asam keping
mula2 gaulkan ayam dengan kunyit dan garam jangan banyak2 sebab dalam kuah pun ada kunyit dgn garam lagi. perap kejap dan bakar dalam pemanggan ajaib hingga masak.
tumbuk bahan B yang bertanda * dan serai tu ketuk aje. pastu panaskan kuali masukkan santan aku suka pekat sikit sebab macam buat kuah untuk ayam bakar. pastu teru masuk bahan yang telah ditumbuk. masukkan serai, bawang besar dibelah 4 atau 6. dan last sekali masukkan sikit garam dan asam keping. bila dah masak curah dalam pemanggan ajaib.

itu je da siap.. nampak macam rumit resepi tapi sebenarnya simple je.

ini dia...
Ayam bakar masak lemak cili api.. da beberapa kali buat masakan ni..
Sayur Terung Goreng
  • Terung Panjang
  • Bawang Besar
  • Cili Merah
  • Bawang Putih
  • Lobak Merak
  • Ikan Bilis
  • Garam
  • Kicap

Mula-mula mayang bawang besar, bawang putih, cili merah, potong lobak merah dan terung suka hati lah nak potong macam mane aku suka kecik2. pastu tumiskan bahan yang telah dimayang masukkan bilis dan garam sikit. dah wangi masukkan sayur dan renjiskan kiap. aku masak terung lama sebab terung kan angin masak sampai lembik.

itu je.. taraaa...

terung panjang goreng
2 menu untuk dinner kita orang. sedap tak terkira sebab masak sendiri.

p/s : aku masak boleh cuma kadang2 tu macam xreti nak kombinasikan menu tu.


Abah Jadi Ummi 1 Hari | MC 1 Hari

Assalamualaikum...

5 Jun 2013
hari ni aku pergi bank masukkan duit ngan cek. Da rase lain macam je tengahri kepala berdenyut2. ok lah mungkin cuaca panas sangat. Balik opiz makin rase tak larat teramat badan semakin panas kepala macam nak pecah je. Tapi Alhamdulillah hari tu ambik Afina kat rumah atuk tak lah jauh sangat drive. Balik je ambik Afina terus baring biar je Afina main2 tapi sambil memerhatikan dia lah. Maklumlah orang paling rajin kat umah sekarang. My sayanglah yang masakan bubur untuk Afina nasib baik dah pndai guna beras yg telah di instant kan.

Malamnye tak masak my sayang ajak makan luar tengok aku xlarat sangat nak bangun. Balik je makan bf Afina tidokan dia. Aku terus solat isyak dan baring. *botol susu bekal Afina langsung tak kemas biar je dalam sink. Malam nye pun nasib baik pulak Afina tau ummi dia xsihat bangun xkerap sangat.

6 Jun 2013
Pagi tu langsung aku tak boleh bangun sakit nye kepala sakit seluruh badan. Rasa macam baru lepas bersalin. Abah Afina juga masakkan bubur untuk bekal Afina umah BS. Ummi gagahkan diri bangun mandi solat. Solat subuh pun duduk sebab da tak boleh berdiri nak pitam je. Siapkan beg baju Afina susu dengan bekal makan dia. Abah lah hantar Afina umah BS hari ini. Ummi terus terbaring tak pergi kerja. Masej kat bos. tak sihat hari ni nak pergi klinik ambik MC.

Selepas Abah hantar Afina terus pergi servis Alza untuk 10,000 km tapi da 11, 500km pun bukan sengaja lambat sebab hari tu servis 5,000 masa dan nak 7,000 km kereta baik semua caj untuk kali ke 3 servic RM 155.00.

Abah sampai je rumah bawa ummi pergi klinik nasib baik lah abah cuti umum Negeri 9 Israj Makraj pergi klinik jumpa doktor kenalah suntik supaya cepat baik kalau setakat makan ubat lambat lah sikit.

Dapat 3 jenis ubat 2 kali makan je da sihat sebab da kene suntik ubat direct masuk
Caj kene RM 77.00 dapat claim RM 50.00 ok lah.
dapat MC 1 hari boleh nak mintak lebih tapi kerja banyak kat opiz
 itu je untuk hari ni. biasa hari cuti tak de nak update blog tapi hari ni ada sikit kelapangan.

p/s : Minggu ni balik kg Terengganu. Hari ni balik kg Bahau.




Tuesday 4 June 2013

Shaklee ESP

Assalamualaikum...

mula2 bukan niat nak promote ke apa ke. Just nak berkongsi je. Aku adalah seorang pengguna produk Shaklee. Aku bukan ahli pun. tapi Insyaallah akan menjadi ahli. Aku mula2 ambik produk ni masa bersalinkan Afina. Sebab aku ambik adalah ma aku saudara mara tanya. "dok makang ubat ape ke lepas beranok ni" aku pun terpikir jugak dengan badan aku untuk jangka masa panjang.

Jadi...

Aku pun serve lah kat FB je pun. Dulu aku xminat pun promotion yang shaklee buat ni terlalu banyak. Tapi rase nak cuba bila baca2 testimoni orang. Tak salah nak cuba kan.. Lagi pun masa tu niat di hati aku masa time prgnant lagi nak susukan Afina. Jadi masa tu umur Afina da sebulan jadi aku terus ambik set menyusu. Mula2 nya aku ambik yang basic aje iaitu Bcomplex, Alfafa, Vitalea, dan Vita-C.

Alhamdulillah. Sebulan lepas mengambil dengan kosisten ada perubahan kan badan aku. nak cite panjang lebar aku xreti sangat jadi lebih baik baca kat blog yang berniaga secara on line mungkin info nya lebih tepat.
sebab keberkesanan produk tu. aku tambah lagi dua jenis produk iaitu ostematrik dan ESP iaitu SET 3M. Alhamdulillah sangat2 berkesan dan sesuai untuk aku.

Jadi aku mantain lah sampai sekarang. cuma aku mantain produk Oste, ESP dan Alfafa. Untuk Set Penyusuan.

Tapi...

ESP aku da habis..
da order pun tapi belum sampai kalo xsilap ni kali ke 5 kot aku order. sangat2 efek kalo makan ESP dengan tidak ambik ESP. Perbezaan nampak bila kekerapan Afina bangun menyusu. sebenarnya ESP ni bukan lah membanyakkan susu badan. tapi ia memekatkan susu jadi baby akan cepat kenyang sebab susu yang dihasilkan cukup nutrien nya. sebab ESP ni tinggi protin nye. kalo orang jenis makan berkasiat xperlu kot suplement ni tapi aku jenis makan memilih yg berkasiat letak tepi pinggan keh keh keh.

Ni ESP ke 4 aku Insyaallah selagi ada rezeki aku mantain je minum ni walaupun sekali sehari biasa aku akan tambah 1 sudu dalam susu tepung aku minum dutch lady full cream yg ada gambar orang berlari (kata suami aku)
Sedih... da habis.. da oder baru pun belum sampai.. Insyaallah esok lusa sampai lah kot
aku masih mantain makan Alfafa dan Ostematrik. Vita-C tu nak habiskan je pasni mungkin da xoder lagi
itu je entri yang sangat panjang
mungkin ada orang akan boring bila membacanya
yg nak cari testimoni mungkin akan baca
kalo orang tanya aku pasal shaklee
aku akan cakap vitamin atau suplement semulajadi yg terbaik setakat ni
kalau xcuba memang xtau keberkesanan nya

sekian itu je info yang aku boleh syer yang ada dalam kepala otak aku

p/s : aku rase macam nak bisnes shaklee macam mengutungkan je.. boleh cari duit lebih sikit. tapi bila pikir masa dan anak. nantilah dulu. tunggu ngan lihat je ye.


Printer Canon Pixma MP250

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Dapat printer baru lagi mudah urusan nak mennyecan kan document
sekarang semua nak hantar laporan ikot skype email
so...
memang sangat2 perlukan mesin scan jd nak senang terus beli printer 3 in 1
sebenar yang aku beli jenis Canon MP237
tapi aku tukar dengan bahagian pentadbiran
aku ni cuma nak guna scan aku da ada printer canon LBP6000
laserjet
jadi fungsi printer ni 3 in 1
COPY
SCAN
PRINT
jd kalo nak scan ke nak print warna tak payah nak pinjam2 lg..

Printer Canon MP250 dan LBP6000
itu je..
da lame xupdate blog
aku sibuk sangat kalo awal bulan ni
tak boleh nak buat apa lah
ada satu lg entri dalam draf
tengoklah kalo sempat boleh update petang ni

ok.. sekian...

p/s : bila nak kesayangan saya boleh tukar. Doakan untuk kami ye. Kenapa lah susah sangat kerja ngan Jabatan PDRM ni. Kalau lah ada kekosongan. Da lame aku tukar sana.