Pages

Monday 30 September 2013

Sup Daging Simple

Assalamualaikum...

Alhamdulillah lama xsyer resepi kan...

bukan tak masak tapi xsempat nak snap picture da ngap dulu. lagi pun kadang2 resepi da syer.

Bahan-bahannya :

  • Daging
  • Kulit Kayu manis
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Buah Pelaga
  • Sup Bunjut
  • Batang Sup *dimayam
  • Bawang Merah *tumbuk
  • Bawang Putih *tumbuk
  • Halia *tumbuk
  • Kentang
  • Air
  • Garam
  • Minyak Masak

Cara Memasak :
Panaskan minyak. Tumiskan 4 sekawan. diikuti bahan yang ditumbuk, batang sup, dan sup bunjut. bila da wangi bahan tumisan. masukkan daging dan kentang kejap. pastu masukkan air dan garam. dan tunggu lah sampai masak.

aik gitu je. ha ah lah kan d kabo simple.

sekarang ni suka sangat makan daging. tapi masa Afina suka seafood. nak mengharap tak boleh. tp Insyaallah. 

sedapnya sup daging... malam ni nak masak apa lah ye.

p/s : hari rabu ni pi KL 1st time nak tinggal Afina malam umah BS macam mane lah. Harap Afina ok. Sekarang tinggal pi toilet malam pun nangis macam da xjumpa. macam 1 malam ummi ngan abah xde.




Botol Susu Mam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Kali ke 3 tukar botol susu MAM. sebelum ni 6 bulan sekali. lps ni mungkin 3 bulan sekali sebab Afina da banyak guna botol minum FM. Sian anak ummi. Susu ummi da makin kurang. Ingat sempat sampai adik Afina lahir.

Aku masih lagi beli botol mam sebab risau Afina tak leh terima puting lain. Kadang2 minat jugak nak try botol tupperware ke. tapi yang kali ke 3 aku beli yang biasa je lah buka yang anti colid. sebab da beso. masa kecik dulu takot kembong kalu sedut angin.

kenapa aku pakai botol MAM sebab puting MAM tu macam puting ibu kot. baby tak confius.

Harga RM 25.90 satu. yang ni puting dia ada 2 lubang.

aku ingat nak beli lagi 1 biji strandby kat umah. bawah umah bs 2 biji. sebab kadang2 tertinggal kat umah bs lah. apa2 hal kat umah ada satu.

p/s : 2 entri cite pasal anak je kan. nanti lah aku cite kisah pi zoo pulak. sebab xsempat nak masukkan gambar dalam pc lagi yg ni yg da ada dalam pc.


Pampers Huggies Dan Mamy Poko

Assalamulaikum...

Alhamdulillah selamat bersua... hehehe... maaf blog sunyi entri banyak tapi sangat2 buzy sampai nak tengok blog pun dok dang.

Afina sekarang da tukar pampers. dulu memang pengguna tegar mamy poko. pampers termahal yang sangat berkualiti. xmenyesal langsung pakaikan Afina pampers mahal. sebab bulanan cuma beli pampers susu xbeli sebab susu badan.

bila Afina da masuk setahun baru nak cuba tukar pampers baru. sebenarnya bukan Afina xpernah pakai pampers murah tapi sebab pernah kene ruam kat punggung. sejak daripada tu lah aku beli mamy poko. jadi takot nak cuba pampers lain.

jadi lepas setahun baru try beli pampers jenama lain. selepas puas menserve membaca. akhirnya aku memilih.

Taraaaa.....

Huggies Total Protection

Pampers Huggies Total Protection

sebab kenapa huggies? aku pun tak tau tapi aku tengok macam ok je. harga dia pun sedang2 je tak mahal xmurah. kalo boleh aku tak nak lah pakai pampers murah sangat sebab aku rase macam keras je. bila tengok huggies merah ni macam lembut je. jadi aku try lah setakat hari Alhamdulillah ok.cuma satu jelah dia nipis je.

bila malam aku masih pakai kan Afina Mamy poko. sebab kalo dang tido kot2 lah xbangun nak tukar pampers. jadi mamy poko walaupun dah banyak kencing masih lagi kering.

pampers mamy poko pakai waktu malam dengan nak keluar jalan2

Pampers Mamy Poko

rasenya cukup lah setakat tu kot. hehehe. tak dok idea pulak sebab line tenet ni macam siput je.

p/s : kalo rajin ada lagi entri menyusul pasni. Alhamdulillah baby 2nd da masuk 14 week kejap je rasenye masa Afina dulu lame nak tunggu mungkin sebab sibuk 24 jam.


Wednesday 18 September 2013

Alhamdulillah... Rezeki Allah S.W.T (UPT Positif)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi Allah bagi kami rezeki secepat ni tambah lagi bakal ahli keluarga kami. Alhamdulillah... Syukur...

Selepas bersalin kan Afina period aku memang tak teratur langsung. Jadi agak susah nak merancang walaupun da buat kiraan. Aku memang tak ambik perancang apa pun sebab aku kan berdarah rhesus negetif jadi doktor pun cakap mungkin susah nak lekat. Tapi itu manusia yang cakap. Tapi yang menentukan Allah S.W.T.

Aku rasa nak cek pregnant pun lepas badan aku sangat lah tak sihat. masa tu puasa pulak. Pastu susu sangat2 merudum walaupun da pam ikut jadual. Biasa boleh dapat 15oz sehari jadi 3oz pun susah. Masa tu tanda2 pregnant memang ada rase tapi macam tak mungkin lah pregnant. cuba lah test pakai upt biasa je beli kat gurdian. memang ada standby kat umah. naik jugak 2 line tapi line ke 2 tu kabur je. masa tu mungkin horman je kan.

Lepas seminggu tu tunggu period tak jugak biasa dalam tempoh 40 hari da period. try lah cek lagi sekali sebab rase badan pun lain macam je. biasa jugak puasa tapi tak lah sampai terpaksa baring je memang letih giler lah orang cakap.

Sekali cek... UPT positif... terus mengeletor duduk kejap termenung. betul ke ni...

guna UPT biasa je. Alhamdulillah naik 2 line 30 Julai 2013

Petangnya bawak Afina pi klinik sebab selsema badan pun macam nak demam conferm ngan doktor terus. Alhamdulillah doktor sahkan pregnant dan masa tu ikut kiraan 5 week ++.

Lepas 7 week pi lagi sekali klinik untuk scan...

Scan 7 week

Tapi baru hari ni nak maklum kat entri sebab hari tu masa tahu masih terlalu awal untuk dihebohkan. Sekarang da masuk 12 week ++

Alhamdulillah...

#sumber images google#
Alhamdulillah...

Kami 1 family sangat2 seronok dengan bakal kehadiran orang baru. Rezeki anak kedua lah my sayang dapat tukar dekat dengan aku. Semoga dengan kehadiran anak2 nanti dimurahkan lagi rezeki kami sekeluarga.

Doakan aku dan baby sihat sentiasa kerana baby aku sangat2 ada risiko kerana darah aku dengan suami berlainan rhesus. Yang penting ummi akan jaga kesihatan.

Dan sekarang walaupun kandungan da nak masuk 2nd termister aku masih lagi bagi bf kat Afina. selagi badan aku larat. baby kat dalam pun ok.

Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada anak2 aku. Semoga aku dapat menyusukan Afina hingga 2 tahun dan diberi kesihatan yang baik kepada kandungan ke 2 aku. AMIN....



Wednesday 11 September 2013

Pengalaman Pregnant Dan Bersalin Anak 1st (Part II)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... hehehe... kita sambung cite kat sini hari cite masa pregnant sampai masuk wad.

sekarang sambung cie masuk wad pulak. tapi maaf lah sebab hampir lupa doh mungkin ada perbezaan masa sikit maafkan aku ye.

28 Ogos 2012
petang nye lapor diri kat wad kenanga wad ibu2 mengandung tunggu nak bersalin dengan wad yang ada masalah masa pregnant. bila masuk wad katil xcukup. ramai rupanya ibu2 yg tunggu masa bersalin. masuk wad cek berat dengan air kencing. pastu duk kat katil tunggu doktor datang ambik darah. itu je aktiviti pada malam tu. pastu malamnya aku solat lah lagi sebab tanda apa takde lagi doktor pun lum cek apa lagi. tapi malamnya sangat2 la lapo sebab xmakan. aku pun xtau yg suami blh htr makanan. nasib baik lah my syg da beli roti standby takot lapo. makanan spital pulak xkene ngan citarasa nasiblah.

ptgnya da tenang semua aku pun tepon kat ma. my syg tepon kat mil maklum aku da masuk wad dan mungkin kene masuk ubat utk paksa bersalin esoknya.

7.30 mlm - 1st time nak kene cek jalan. aduhai xtau nak cakap masa tu nak cakap masa tu tp syukur dapat doktor perempuan. tipu kalu xsakit cuma mungkin cara dia yg lembut tu xsakit sangat. cek baru 1 cm. Alhamdulillah ada jugak jlnnya. tapi esok kalo jalan nya xbuka doktor akan induce.

29 Ogos 2012
6.00pg - aku bangun solat subuh sebab masih sihat tanda pun takde lagi. pastu kul 6.30pg nurse datang bgtau kul 7.30pg doktor datang nak cek bukaan brapa. tunggulah doktor. adalah ibu2 lain jugak tapi xramai pun masa tu dalam 5 6 orang je kot.

7.30pg - cek jln lagi utk kali ke2 tp result sama juga 1cm lg. doktor ckp dia akan masukkan ubat iaitu induce utk cepatkan bukaan. lps masuk ubat kene rehat 1 jam baring je. pastu br boleh buat aktiviti.

12 tghr - tengahari tu semua sampai ma datang adik ngan adik ipar hantar dtg dr terengganu. mil ngan fil ada dtg jugak masa melawat kul 12tghr. aku masa tu Alhamdulillah xrase sakit sangat pun. skit2 je baby mengeras.

7.30ptg - cek jln lagi lepas masuk ubat tetap sama jugak. doktor masuk ubat ke 2. doktor akan cek dlm tempoh 24 jam kecuali kalo ubat tu jatuh sebab dia pakai wayar masuk macam air gitu name nye balloon kot. lupa doh.

tp dalam tempoh sehari tu ada sekali ke buat ctg iaitu cek jantung bb. Alhamdulillah masa tu semua ok.

30 Ogos 2012
dari pagi sampai petang xde aktiviti sekali sekala je tahan sakit. tp xsakit sangat. syukur sangat2 dipermudahkan.

4.00ptg - doktor panggil untuk cek jalan lagi. cek2 da 4 cm. nurse bg baju untuk hantar ke labor room. masa tu pun pelik jugak aku ni nak beranak ke tp kenapa macam xsakit je. pastu tepon my sayang bagitau kat semua lah sebab beg aku nurse nak kemas termasuk hp.

5.00ptg - tunggu punya tunggu punya tunggu sampai lah kene masuk kat katil sebab sebab labor room penuh ada kes emegency ibu sakit jantung nak bersalin. nurse suh ready bila2 labor room penuh dia akan tolak. masa tu da lah aku sehelai sepinggan tepon pulak xde.

10 mlm - my syg naik kat wad tanya perkembangan. tanya nak makan apa. aku order nasi paprik makanan last sebelum bersalin. tunggu punya tunggu sampai ke pagi. kesian abah ma mil fil my syg. nak call hp xde. semua tunggu kat lobi. terima kasih semua.

gambar bersiap untuk ke LR. debor ni tp xsabar nak jumpa baby

31 Ogos 2012 (Merdeka Ke 55 Tahun)
5.00 pagi - nurse datang masuk ubat berak. pastu minta mandi tukar baju baru. bersiap untuk ke labor room.

6.00 pagi - tepon my sayang aku nak di hantar ke labor room. semua baru je balik rumah mandi sembahyang. sedih je dengar.

6.15 pagi - nurse hantar ke labor room. doktor yang bertugas cek jalan lagi. nurse pasang ctg. pastu doktor conferm kan darah dulu kat bank kalo emengecy tiba2 kene czer. Da ada darah 2 pain. baru panggil doktor pakar pecahkan ketunban.

9.00 pagi - my sayang pun masuk nak teman. terima kasih sebab teman bersalin. rase kurang sikit sakit. pastu kuar masuk kuar masuk nurse doktor.

11.00 pagi - doktor masukkan air iron kot dia sebut utk rase kontraksi dengan cepat lagi. tapi Alhamdulillah masih boleh bertahan lagi sampai jam 3.00 ptg.

3.30 ptg - bgtau my sayang. aku da xtahan. rase bb nak kuar sangat da ni. doktor pelatih blh cakap lama lg ni kul 5 br bersalin. xpuas hati bgtau jm yg bertugas bila cek da 10 cm da masanya nak bersalin. tp masa ni aku memang xingat apa. nurse letak gas pun aku xsedar. minta izin my sayang nk buka tudung sebab panas. masa tu semua perempuan dlm bilik tu.

4.06 ptg - dengan sekali push je lahirlah bayi girl. Alhamdulillah aku rase sangat senang bersalin nurse pun cakap same sangat senang dan cepat. berat bayi masa tu 2.58kg disalupi selaput putih sangat mata berkelip-kelip je. kesian bb dia pun rase jugak sakit lalu ikot jalan sempit. mata nye sebijik macam abahnya pandang aku. hehehe terseyum jap.

nurse pun bawak untuk jumpa ahli keluarga lain utk diazankan. untuk dibersihkan. pastu doktor dari nicu pun datang bgtau bb kene admit wad 5 hari sebab ibu berdarah rh negetif untuk pemantauan.

aku pun dijahit dibersihkan. bagitau nurse aku sangat2 lapo. bayangkan xmkn dari kul 11 mlm 30 ogos.

6.45 ptg - aku dihantar ke wad sorang2 baby pulak dihantar ke nicu. sedih berpisah buat pertama kali nya malam tu.

tamatlah kisah 12 jam di labour room. pengalaman indah dah dapat baby semua hilang sakit.

01 September 2013
9.00 pagi - doktor cek bekas luka jahitan. takot2 nurse trsilap jahit ke. tp semua nye cantik

Doktor conferm darah baby dgn rhesus dari nicu sebab nak bg rhogam ke 3 kat aku dalam tempoh 24 jam lps bersalin. baby berdarah B rhesus positif. jadi ptgnya aku terima rhogam ke 3.

8.00 malam - baru dpt kuar wad org lain da blk umah. pastu masuk wad nicu pulak 6 hari duk ngan baby.

05.09.2013 - kuar lah wad nicu dengan baby slps 5 hari ditahan se minimum yg mungkin. Alhamdulillah baby sihat. bawak balik umah bera. malam nya mil ngan fil datang.

06.09.2013 - pagi nya kawan2 opiz datang. tengahari pi klinik desa kejap pastu balik ganu.

selamat berpantang... itu je kisahnya. hari ke 4 daftar baby kat JPN Bera. dptlah name NUR AFINA SAFIYA. masa buat entri Afina da setahun. Adik Afina dalam perut da masuk 3 bulan. Alhamdulillah.

entri tanpa picture. xtau nak tepek gambo mane. malu ekpun muka selekeh je ms pakai bj pink tu.

p/s : ok da habis cite pengalaman anak 1st nanti aku kongsi yg 2nd pulak. ptg ni ma abah mari yeyeyeye..



Tuesday 3 September 2013

Pengalaman Pregnant Dan Bersalin Anak 1st (Part I)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Rase nak berkongsi pengalaman pulak tapi cut2 jugak. Sikit2 lah sebab cerita da setahun hampir nak lupa tapi segar dalam ingatan.

13 Januari 2012
Masa ni period da lewat 3 hari biasa period aku teratur sehingga lah ke tarikh ini. Alhamdulillah saja lah test sendiri kat umah UPT positif. yang memeningkan kepala malam tu nak ke Parit Buntar ada Program HPPNK 2011 peringkat kebangsaan. Perjalanan naik bas dengan keadaan pregnant yang masih awal risau jangan cakap nak cansel da tak boleh.

Malam sebelum berangkat pergi makan dulu dan pergi klinik dulu nak sahkan pregnant. sebab gerak pun lewat kul 10 lebih. bila cek kat klinik negetif pulak sebab mungkin waktu malam masa tu air kencing pun cair lagi.

15 Januari 2012
Pergi klinik ke 2 pulak. Cek pregnant waktu pagi memang xmakan minum sebab nak bagi air kencing pekat. Alhamdulillah positif pregnant 5 weeks.

3 Febuari 2012
Selepas je 6 week pregnant tiba2 je ada bleeding. tapi sikit2 je. genap je 7 week pergi lagi sekali klinik scan. sebab asek risau xboleh buat apa hati xtenteram. lepas scan doktor cakap baby sihat jantung ada. Doktor cakap kadang2 normal pendarahan awal kehamilan tapi jangan sakit perut je sebab ancaman keguguran. doktor bagi ubat kuatkan rahim dengan obimin.

20 Febuari 2012
Buka buku merah kat klinik desa. pastu cek darah kat klinik kesihatan. scan baby masa ni da 10 week nampak semua bentuk.

22 Febuari 2012
klinik desa call suruh pergi rujuk doktor sebab aku berdarah O tapi rhesus negetif. 2 kali makmal cek darah tapi keputusan nya memang O rhesus negetif. Kene soal siasat dengan doktor keturunan sape berdarah sama. untuk standbay in case ada masalah masa bersalin nanti jadi aku bg lah name abg. Doktor pun buat lah opiment ngan pakar O & G Hoshah untuk rawatan susulan sampai bersalin.

ni buku merah aku yang 1st
bermula lah episod jumpa pakar ulang alik hospital setiap 6 minggu. belum lagi ulang alik klinik sebab hb 9 lbh je. tp yang best nya tiap2 bulan scan free je kalo pi swasta da kene brapa pun xtau.

3 April 2012
Kali pertama ke klinik pakar O & G Hoshah memang xtau apa2 daftar pastu daftar lagi kat klinik O & G jumpa doktor pakar, ambik darah, scan pastu nak kene cek darah husband nak tau rhesus.
kiranya setengah hari jugak lah.

16 April 2012 dan 14 Mei 2012
Kena dos suntikan kancing gigi. 2 kali untuk 1st pregnant. 3 hari xhilang kebas.

26 Mei 2012
masa 24 minggu pi scan 3d nak tengok gender bb kat senawang pakar sakit puan. doktor cakap kemungkinan girl. sbb kecik lagi kan. tapi masa tu naluri aku cakap girl jugak.

26 Jun 2012
Masa ni pregnant 28 week jadi ambik rhogam 1st yang ke 2 masa 34 week. nak cakap sakit tu blh tahan jugak lah sakitnya selepas suntik baru rase kebas. tapi demi anak tersayang dan untuk badan umi sendiri takpe.

11 Julai 2012
Klinik pakar. masa ni nak masuk 31 week tapi baby masih songsang kepala kat atas kaki kat bawah. tapi doktor cakap blh pusing lagi.

24 Julai 2012
34 week 2nd dos rhogam.

28 Ogos 2012
Hari last jumpa doktor pakar masa ni 37 week baru balik cuti lps raya 1 minggu. scan2 semua nya ok tapi tapi...

tiba2...

muka doktor berubah... dia cakap kandungan ada masalah air ketunban kurang dan sangat berisiko untuk bb lemas. jadi saya terpaksa masukkan awak ke wad untuk bersalin. kalo da ada jalan ok. tapi kalo belum terpaksa di induce / paksa bersalin.

dapat surat cinta dari doktor sug masuk wad tp minta balik umah ambik barang kejap. sebelum masuk wad aku makan kenyang2 balik kemas barang yang patut masuk wad yang nak bwk balik trg masa kuar hospital 6t.

4.00 petang - daftar diri kat wad kenanga 3 hospital temerloh.

ok... da panjang je entri kita sambung part II plak kat sini ...





Monday 2 September 2013

1st Hari Lahir AFINA SAFIYA

Assalamualaikum....

Selamat Hari Lahir Anak Umi

NUR AFINA SAFIYA BINTI SHAHRUL IWAN 

Ke 1

Tahun 2013

Pada 31 Ogos 2013

#sumber images google#

Alhamdulillah... 31 Ogos 2013 4.06pm genaplah usia 1 tahun anak umi ngan abah NUR AFINA SAFIYA.Syukur Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik. Anak yang baik sangat2 tidak susah menjaga Afina. Doa umi ngan abah semoga Afina menjadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki dan disenangi orang. Amin.

Takde birthday party apa pun. cuma buat kecil-kecilan bersama family in law je. itupun atuk ngan nenek yang sungguh2 nak sponsor kek. Terima kasih Atuk ngan Nenek Afina.

Terima kasih jugak kepada yang bagi Afina hadiah tak sangka sangat walaupun xde party apa pun tapi tetap ada yg bg Afina hadiah, terima kasih sangat2 semoga dimurahkan rezeki kalian semua. Umi ngan abah tengah pening nak bg apa.

Afina Dari usia 1 hari hingga 11 month

Afina genap 1 tahun 31 Ogos 4.06pm

Alhamdulillah terima kasih atas kurniaan Mu bagi anak yang comel. Kejap je da setahun.

p/s : Semalam balik dari Bahau masuk umah blackout pulak. aduyai habis semua lauk dalam peti ais rosak. ntah bila nak kuar cari lauk. mlm2 da penat. nasib baik stok susu Afina da xde. Kesian Afina kene minum FM.