Pages

Tuesday 1 October 2013

14 Weeks

Assalamualaikum....

Alhamdulillah 2nd baby da masuk 14 weeks ++. membesar dengan sihatnya. termasuk lah ummi. makan pun makin selera. loya muntah da kurang.

kejap je masa berlalu. perut da nampak sikit. kalo orang perasan da tahu lah aku pregnant.

#sumber images google#
masa chekup 12 week hari tu.

Alhamdulillah doktor cakap semua ok. janin ikut tarikh edd 30 Mac 2013. HB pun ok 12 lebih. cuma berat je naik lebih sikit. tapi Alhamdulillah aku sejarah kencing manis xde jadi masih dalam kawalan lagi.

Doktor pun da buat opoiment pakar O & G. Cuma tarikh je belum tahu lagi.

next chekup 16 week lps raya haji.

p/s : Semoga anak ummi ngan abah yang 1st dan 2nd sihat walafiat. Amin.




Puzzle Mat

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...

tiap kali nak menaip entri mesti ucap Alhamdulillah takpe bersyukur atas segalanya.

minggu lepas pi shoping kat TF jadi gosip2 dengan my sayang nak beli puzzle mat untuk Afina. Afina biasa2 je ummi yang nak. sebab cumil sangat bila pasang tu kat rumah. da ada anak kan. bila tengok umah orang ada pasang jadi nak lah pasang jugak.

Lembut je puzzle mat ni. kalo jatuh pun conferm xsakit. kalu umah simen sesuai kot. beso jugak bila da cantum berpadanan dengan harga dia RM 59.90. da macam karpet. baring pun sedap.

Abah Afina cakap da macam tadika. hehehe.



bila bangun tido terus duk atas ni.

p/s : lagi 11 hari nak balik ganu. yeyeye. baju raya da tempah. tapi cuti raya 2 hari je. cuti da tinggal  4 hari. keh keh keh.


Ahli Tupperware

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....

Akhirnya niat di hati nak jadi ahli tercapai jugak. Bukan niat nak meniaga tapi nak beli guna sendiri. sebab bila jadi ahli dapat lah murah sikit. murah banyak kot. atas barang potongan sampai 25%. kalo beli tanpa ahli da rugi kat situ.

Daftar ahli baru RM 70.00 sekali je seumur hidup.

masa daftar dapatlah barang2 ni.

ni di bungkus macam ni

bila buka ada beg, bekas tupperware dan katelog
barang 1st aku beli lepas mendaftar ahli. bekas air je. sebab bekas air aku da lame sangat.



harga bekas ni masa beli tu offer. jadi murah sikit daripada harga dia. bila jadi ahli lagi murah. tak silap RM 33 ++ je kot. murah dalam RM 6.00 lah rasenya.

pasni boleh sikit2 mengumpul barang2 dari tupperware. tapi nak beli banyak2 pun tak boleh jugak bankrup 6t. barang tupperware bukan murah tapi sangat berkualiti.

p/s : pasni ni adik beradik nak beli ke senang lah guna je kad aku. keh keh keh


Hadiah 1st Birthday Afina

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...

Hehehe da sebulan berlalu baru nak syer hadiah besday Afina... benornya da lame tp macam aku cakap lah xsempat nak mengarang blog. harap dapat celoh2 kat opiz je. kat umah dapat tgk fb itu pun mujur je. kdg2 tu tengok Afina je.

Atuk ngan nenek bagi kek ngan sponser makan minum besday party kecik2 Afina je lah. itu pun bajet lebih jugak Rm 100 ++ kek tu aku pernah buat entri besday Afina bulan lepas kat sini besor kek no 1.

kek ni 2kg

ni hadiah ke 2 Afina terima daripada pak su belah abah Afina.

jeng jeng jeng

Basikal doremon. Afina suka naik tapi mesti nak kene gerak je. kalau tidak dia yang tolak kan.

terima kasih pak su bagi Afina basikal

ni paling special hadiah daripada Ummi ngan Abah. tapi abah yang kuarkan modal. hehehe.

TAB... boleh lah pasang kan ngaji ke kartun untuk hilangkan boring si kecik ni. Tapi banyak ummi yang guna.

tab ni beli yang biasa je jenama Malaysia tapi RM300++ jugak lah boleh pakai simcard tapi aku guna untuk tengok youtube jelah. itu pun kadang2 lah sebab xnak nanti Afina duk mengadap ni je kan.

Setakat ni itu je hadiah yang Afina dapat untuk 1st besday. Alhamdulillah ada jugak.

p/s : kadang2 tu tadok idea nak bg apa hadiah untuk budak umur 1 tahun. kalo ikutkan bukan lah pndai apa lagi kan.


Kari Ikan Selar

Assalamualaikum....

Alhamdulillah da masuk bulan Oktober. Sekejap je masa berlalu. lagi 2 bulan habislah tahun 2013. muncul tahun 2014 dengan menghitung hari kelahiran orang baru...

Syukur lah sekarang kak fina pun da makin faham dia akan ada adik asek sayang perut je. cumil sangat.

Nak syer resepi ikan kari. Hari tu sebab lama xmasak kari. jadi teringin nak masak kari untuk my sayang aku xmakan pun. ntah sekarang tu makan budu je aku suka dengan lauk bergoreng ataupun sup. kalo lemak macam kurang kene ngan tekak tapi masak boleh.


Kari Ikan Selar

aku jarang masak kari ikan selar ni. Biasa kar guna ikan tenggiri ataupun ikan bawal. tapi ikan selar besar sedap jugak.

resepinya sama macam aku pernah syer kat sini cuma tukar ikan je.

itu je seringkas yang mungkin.

p/s : sebenarnya kerja banyak. bulan ni ada audit. banyak lagi yang xsiap. kadang2 sekarang ni kepala asek sakit je. mana nak buat kerja.