Pages

Monday 25 November 2013

Baby Boy Ke Girl?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Setelah 1 bulan 25 hari...

Hai Hai Hai... Lama nye xmenaip... sory sangat2.. sangat2 buzy dan mood menaip xde walaupun banyak entri menunggu..

Saje wat entri ni sebab baby xtunjuk gender dia ms pi scan hari tu. bb 2nd umi ngan abah ni da masuk 22 week Alhamdulillah membesar dengan baik dan sihatnya walaupun umi selalu je xsihat. perut umi pun da nampak. bestnye lah baby pun da rase gerak.

#sumber images google#
hari tu masa buat scan baby br nak masuk 21 week da nampak bentuk sangat2 lasak doktor cakap samapi ke sudah xbg tengok gender dia. betul2 suprise. kakak nye dulu cepat je tunjuk.

jadi search je kat google cari jantina anak da ni lah hasilnya.

TANDA BAYI LELAKI

*Tidak mengalami "morning sickness" yang teruk pada awal kehamilan. 
(pregnant yang 2nd ni ada "morning sickness"yg agak sedang2 lah)
 
*Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit.
(hari tu masa cek kat klinik tengok nurse punya mcm 149)
 
*Rasakan beban berat pada bahagian depan tubuh.
(memang rase macam tu tp xtau mane yg berat) 
 
*Perut kelihatan bulat sempurna.
(memang nampak bulat je)
 
*Bahagian aerola(daerah hitam sekitar puting)akan menjadi gelap.
(rahsia je lah malu nak bgtau)
 
*Bentuk perut condong ke arah bawah.
(awal lagi memang nampak besar dari bawah je)
 
*Suka makanan yang masam dan masin.
(sangat2 suka makan masam dan masim terutama budu yg masin dengan mangga putik yg masam)
 
*Suka makan daging dan keju.
(suka sangat daging)
 
*Tapak kaki selalu sejuk.
(selalu sejuk mungkin duk dalam ekon)
 
*Tangan selalu kekeringan.
(kalo xbasah memang kering je)
 
*Suka menghadap wajah ke utara semasa tidur.
(ni xfhm utara ke selatan pun xtau)
 
*Bukan hanya anda, suami juga bertambah berat badanya.
(berat badan tambah normal je. suami pun xtambah berat turun lg ada)
 
*Kelihatan lebih berseri ketika hamil.
(langsung xberseri afina dulu muka lawa je)
 
*Hidung tampak lebih mekar.
(nampak macam niasa je xmekar xkembang xkecut)
 
*Selalu sakit kepala.
(sangat2 selalu sakit kepala selalu pi klinik selalu xsihat)

TANDA BAYI PEREMPUAN

*Mengalami "morning Sickness" di awal kehamilan.
(ada "morning sickness" tp sedang2 jelah)

*Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung.
(berat kat perut je sekarang ni)
 
*Payudara kiri lebih besar berbanding kanan.
(xpasti kalau pasti pun biar lah rahsia)
 
*Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya.
(nampak hitam je ke ada warna lain)

*Bentuk perut condong ke arah atas.
(nampak macam ke bawah dari pndangan mata lah)

*Perut tampak agak lonjong.
(nampak macam bulat je)
 
*Menghidam makanan yang manis.
(suka masam ngan masim)

*Sukakan buah-buahan.
(makan buah masa awal pregnat pun loya)

*Suka minum air atau jus yang bersifat masam.
(suka juga jus tapi limau nipis je)

*Lebih cerewet semasa hamil.
(lasak je kali ni mungkin sebab nk ngurus anak yg sulung. tapi sangat2 malas)

*Mudah "moody" berbanding sebelumnya.
(biasa je sensitif tu ada jugak kdg2)

*Kulit wajah taramasalata berbanding sebelum hamil.
(kulit agak teruk dan kusan masa afina cumil je)

*Tidak suka makan roti bersama kulitnya.
(makan belaka kalu goreng ngan telur tu)

*Payudara kelihatan mengembang.
(xkan kecut pulak kan muda lagi biarlah rahsia)

*Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur.
(xtau mane utara mane selatan)

 jadi sekarang ni pikir2 lah sendiri bb boy ke girl. agak2 nya lah kan boy ke girl. exited je nak tahu walaupun 2nd baby. sbnrnya xkisah boy ke girl janji sihat cuma nak tahu senang nak prepare barang baby. jd skrg ambik kptusan beli yg putih je selamat. kalu girl ada 2 3 helai baju kakak yg masih blh guna.

p/s : doakan bayi dalam kandungan aku sihat walafiat. Insyaallah aku cuba update entri yg tertangguh sblm ni. sibuk sejak duk tmpt menteri ni.