Pages

Tuesday 21 April 2015

Menyepi...

Assalamualikum...

Alhamdulillah... masih lagi boleh menaip...

1 tahun berlalu

last post 23 Disember 2013

1 tahun 2014 tanpa berita dan cerita

2015 bulan April baru bersua

2014 penuh dengan kenangan

12 Mac 2014 - Kelahiran anak ke 2 Nur Aimy Sumayyah Binti Shahrul Iwan

16 Jun 2014 - Dapat Naik Pangkat

8 November 2014 - Jalan-jalan JB

25 Disember 2014 - Banjir Besar Temerloh Bera

Insyaallah Picture akan menyusul.



Thursday 26 December 2013

APC 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ni pun kenangan manis tahun 2013. selepas 3 tahun turut2 dicalonkan akhirnya 2013 aku dapat jugak APC untuk perkhidmatan cemerlang tahun 2012.

Tahun sebelum tu sebab perkhidmatan tak cukup 5 tahun tambahan pulak surat pengesahan jawatan yang lambat diterima dari HQ. 

Majlis berlangsung pada Khamis 10 Oktober 2013 di MAEPS Serdang. 4 Agensi bawah MOA terlibat.

Semoga aku dapat kekalkan prestasi pada masa akan datang.

Tapi mungkin juga APC ni rezeki 2nd baby masa tu aku pregnant 3 bulan lebih. 

Yang menyampaikan APC ni Menteri Pertanian dak KSU Pertanian.

Ni lah serba sedikit gambo masa majlis tu. aku masa tu teringin nak bergambo tapi keadaan kesihatan aku yang mabuk pregnant tak dapat nak gambo2 sangat.


Surat jemputan yg last minit terima
malamnya masa taklimat tidur kat hotel ni so far so good ok jugak lah hotel dia harga pun ok
sekitar dewan majlis
rezeki 2nd baby. dapat lah sijil premium bsn rm1,000.00 dengan sijil APC
sijil APC
itu je lah alkisah APC ku. Alhamdulillah Insyaallah 5 tahun lagi boleh lah dicalonkan lagi. semoga aku dapat kerja dengan cemerlang lagi pasni dengan keadaan komitmen yang tinggi kat family.

p/s : cukup lah 2 entri hari ni. kerja banyak tapi kenapa entah macam malas sangat rasa nak buat. 



Cerita Banjir 2013

Assalamualaikum...

Walaupun agak basi da cite ni tapi untuk jd kenangan pada masa akan datang aku cuma nak tepek gambo je.

Ni sekitar banjir kat kg aku tempat aku cari rezeki. last banjir besar kat sini 2007.

Jadi aku tepek gambo je lah. Masa banjir tu aku terputus hubungan duk je kat umah. umah xtenggelam banjir tapi laluan ke dua buah bandar ditutup jalan.


gambo mencerita kan semuaye. Alhamdulillah aku bersyukur sebab xkene berpindah mungkin ada lagi yang diuji teruk daripada aku. 

p/s : semalam pi shoping barang baby. 80% da hampir beli semua tinggal nak basuh ngan paking je. semua beli kaler plain je sebab gender baby 50:50 lagi.


Tuesday 24 December 2013

Kad Imbas Untuk Bayi

Assalamualaikum...

Kad imbas ni sesuai untuk bayi umur 1 tahun ke atas tapi pen nya aku xbagi lah. 

aku beli ni on line xsampai RM 30 pun tapi sekarang ni dia duk campak2 je sebab xpandai lagi nak tengok.



ada 3 jenis yang mini pastu aku tambah yang Iqra' satu nak cukupkan RM 50 masa tu.

p/s : aku akan buat yang terbaik. mane org cakap elok aku cuba pikir dan beli. nak sambung buat kerja tutup akaun. kalo ada mod aku menaip lagi pasni.


DVD In Car

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sebulan 1 entri... bukan tak nak menaip tapi aku terlalu sibuk pastu tambah kepenatan kerja banyak idea nak mengarang xde walaupun banyak sangat cerita nak dikongsi.

Macam2 jadi sebulan xmenaip ni. blog da berwajah baru Insyaallah pasni nak rajin2 kan diri menaip berkongsi cerita.

Da lama pasang dvd ni sebab nak bagi Afina kusyuk sikit bila duk atas car seat dia. maklumlah orang dah besar mane boleh duk lame2 kat car seat. lagipun aku ni kg jauh selalu sangat jalan jauh.

kadang2 xelok jgk bg anak tgk vcd selalu tapi bila keadaan mendesak terpaksalah kalau itu yg blh tenangkan dia. umi nya da xlarat perot da besar.


ni tempat simpan vcd tapi sekarang da xguna sebab nanti Afina nak main
pasang yang biasa je Rm 200 ++ janji ada nak pasang yang Alza punya dekat RM 1,000

itu je lah citenya kene ringkas2 je sebab banyak lagi entri lain menyusul lepas ni.

p/s : esok nak pi cari barang bb 2nd. rasa xsabar pun ada jugak. 



Monday 25 November 2013

Baby Boy Ke Girl?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Setelah 1 bulan 25 hari...

Hai Hai Hai... Lama nye xmenaip... sory sangat2.. sangat2 buzy dan mood menaip xde walaupun banyak entri menunggu..

Saje wat entri ni sebab baby xtunjuk gender dia ms pi scan hari tu. bb 2nd umi ngan abah ni da masuk 22 week Alhamdulillah membesar dengan baik dan sihatnya walaupun umi selalu je xsihat. perut umi pun da nampak. bestnye lah baby pun da rase gerak.

#sumber images google#
hari tu masa buat scan baby br nak masuk 21 week da nampak bentuk sangat2 lasak doktor cakap samapi ke sudah xbg tengok gender dia. betul2 suprise. kakak nye dulu cepat je tunjuk.

jadi search je kat google cari jantina anak da ni lah hasilnya.

TANDA BAYI LELAKI

*Tidak mengalami "morning sickness" yang teruk pada awal kehamilan. 
(pregnant yang 2nd ni ada "morning sickness"yg agak sedang2 lah)
 
*Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit.
(hari tu masa cek kat klinik tengok nurse punya mcm 149)
 
*Rasakan beban berat pada bahagian depan tubuh.
(memang rase macam tu tp xtau mane yg berat) 
 
*Perut kelihatan bulat sempurna.
(memang nampak bulat je)
 
*Bahagian aerola(daerah hitam sekitar puting)akan menjadi gelap.
(rahsia je lah malu nak bgtau)
 
*Bentuk perut condong ke arah bawah.
(awal lagi memang nampak besar dari bawah je)
 
*Suka makanan yang masam dan masin.
(sangat2 suka makan masam dan masim terutama budu yg masin dengan mangga putik yg masam)
 
*Suka makan daging dan keju.
(suka sangat daging)
 
*Tapak kaki selalu sejuk.
(selalu sejuk mungkin duk dalam ekon)
 
*Tangan selalu kekeringan.
(kalo xbasah memang kering je)
 
*Suka menghadap wajah ke utara semasa tidur.
(ni xfhm utara ke selatan pun xtau)
 
*Bukan hanya anda, suami juga bertambah berat badanya.
(berat badan tambah normal je. suami pun xtambah berat turun lg ada)
 
*Kelihatan lebih berseri ketika hamil.
(langsung xberseri afina dulu muka lawa je)
 
*Hidung tampak lebih mekar.
(nampak macam niasa je xmekar xkembang xkecut)
 
*Selalu sakit kepala.
(sangat2 selalu sakit kepala selalu pi klinik selalu xsihat)

TANDA BAYI PEREMPUAN

*Mengalami "morning Sickness" di awal kehamilan.
(ada "morning sickness" tp sedang2 jelah)

*Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung.
(berat kat perut je sekarang ni)
 
*Payudara kiri lebih besar berbanding kanan.
(xpasti kalau pasti pun biar lah rahsia)
 
*Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya.
(nampak hitam je ke ada warna lain)

*Bentuk perut condong ke arah atas.
(nampak macam ke bawah dari pndangan mata lah)

*Perut tampak agak lonjong.
(nampak macam bulat je)
 
*Menghidam makanan yang manis.
(suka masam ngan masim)

*Sukakan buah-buahan.
(makan buah masa awal pregnat pun loya)

*Suka minum air atau jus yang bersifat masam.
(suka juga jus tapi limau nipis je)

*Lebih cerewet semasa hamil.
(lasak je kali ni mungkin sebab nk ngurus anak yg sulung. tapi sangat2 malas)

*Mudah "moody" berbanding sebelumnya.
(biasa je sensitif tu ada jugak kdg2)

*Kulit wajah taramasalata berbanding sebelum hamil.
(kulit agak teruk dan kusan masa afina cumil je)

*Tidak suka makan roti bersama kulitnya.
(makan belaka kalu goreng ngan telur tu)

*Payudara kelihatan mengembang.
(xkan kecut pulak kan muda lagi biarlah rahsia)

*Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur.
(xtau mane utara mane selatan)

 jadi sekarang ni pikir2 lah sendiri bb boy ke girl. agak2 nya lah kan boy ke girl. exited je nak tahu walaupun 2nd baby. sbnrnya xkisah boy ke girl janji sihat cuma nak tahu senang nak prepare barang baby. jd skrg ambik kptusan beli yg putih je selamat. kalu girl ada 2 3 helai baju kakak yg masih blh guna.

p/s : doakan bayi dalam kandungan aku sihat walafiat. Insyaallah aku cuba update entri yg tertangguh sblm ni. sibuk sejak duk tmpt menteri ni. 

Tuesday 1 October 2013

14 Weeks

Assalamualaikum....

Alhamdulillah 2nd baby da masuk 14 weeks ++. membesar dengan sihatnya. termasuk lah ummi. makan pun makin selera. loya muntah da kurang.

kejap je masa berlalu. perut da nampak sikit. kalo orang perasan da tahu lah aku pregnant.

#sumber images google#
masa chekup 12 week hari tu.

Alhamdulillah doktor cakap semua ok. janin ikut tarikh edd 30 Mac 2013. HB pun ok 12 lebih. cuma berat je naik lebih sikit. tapi Alhamdulillah aku sejarah kencing manis xde jadi masih dalam kawalan lagi.

Doktor pun da buat opoiment pakar O & G. Cuma tarikh je belum tahu lagi.

next chekup 16 week lps raya haji.

p/s : Semoga anak ummi ngan abah yang 1st dan 2nd sihat walafiat. Amin.