Pages

Wednesday 24 July 2013

Akhirnya... Dutch Baby Langkah 1... Sob sob sob

Assalamualaikum...

Akhirnya...

Tanggal 24 Julai 2013

Afina terpaksa minum susu FM hari ini. Aku beli pun untuk backup sementara puasa ni. Aku beli susu Dutch Baby Step 1 macam ni. Aku beli yang 650gm je RM 17.90.

#sumber image google#

Maafkan ummi sayang. bukan aku xnak bagi susu badan tapi aku dah habis usaha mengepam tapi hasil nya ada cuma xmengcukupi untuk bekal Afina kat umah BS. nak cakap aku xminum air 3 liter aku da minum. aku ada ambik suplement shaklee. power pumping dah buat. tapi aku rase mungkin sebab aku puasa badan letih produktion susu merudum.

yelah bayangkan Afina minum susu sehari 12 oz hingga 15 oz aku dapat pam sediakan 9 oz je. itu pun pam malam ngan siang. stok semua da habis. Tapi aku akan usaha juga cukupkan bekalan Afina kalau boleh biarlah sampai 2 tahun. itu pun nasib baik my sayang banyak menyokong susu badan ni. Siap2 pujuk aku untuk sementara je ni.

Alhamdulillah tadi BS Afina msg bagitahu Afina minum susu FM mungkin dalam terpaksa. Jadi dia cakap xhantar susu pun xpe hari ni. Hari ni bekal EBM 2 botol x 3 oz pastu bagi susu FM mungkin 2 botol aku minta akak tu buat cair-cair je. 1 sudu FM 2 oz air.

Aku tak tahu nak cakap macam mane perasaan aku sedih teramat sangat bila Afina terpaksa minum FM. tapi aku akan usaha juga dapat susu badan kat Afina sampai 2 tahun. cuti hujung minggu dapatlah buat stok. Sekarang ni sambil mengepam aku amalkan zikir ni mudah-mudahan rezeki susu ada untuk Afina :

#Sumber FB Rahsia Susu Ibu Banyak#

Ya Allah semoga ada rezeki Afina susu ngan aku sampai 2 tahun. Amin.

p/s : hari jumaat ni cuti nuzul quran pahang je cuti my sayang xcuti n9. best jugak dapat berbuka kat luar time tu pun da gaji.

No comments:

Post a Comment