Pages

Monday 15 July 2013

Puding Kastard Jagung

Assalamualaikum...

Alhamdulillah akhir nya hajat di hati nak buat kuih paling disukai my sayang. kuih fabrek lah senang cite.
aku buat puding kastard jagung ni hari ahad hari minggu hari ke 5 puasa ramadan yelah cuti masa ada. pagi2 hari dalam kul 10 pagi macam tu pi lah ke ah chan sebelah pejabat ni beli tepung kastard dengan jagung dalam tin (sweet corn) bahan lain da ada susu cair dengan gula.

1st time nak buat jadi tak berani nak buat banyak2 aku buat separuh tin je jagung sebab takot tak jd kan membazir pulak. kalu resepi yang aku search kat cik google semua pakai 1 tin jagung ngan susu cair.

jadi mula lah chef menyediakan bahan-bahannya iaitu :

  • 1/2 tin jagung dlm tin (sweet corn)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula (tp aku buat manis sangat kalau kuantiti banyak ni jd kurangkan sikit terpulang kalau suka manis)
  • 3/4 cawan tepun kastard
itu je bahan-bahannya sikit sangat. tapi sukatan kene betul takot terlembik atau terkeras.
ok.. mula-mula 
- bancuh tepung kastard bersama air sampai sebati. 
- pastu masukkan bahan lain dan masak di atas api yg sangat kecil sampai likat dan berkilat (kene selalu kacau takot berketul) mengacau ni adalah dalam 20 minit tengok banyak mana kuantiti yg dibuat
- pastu masuk kan dalam loyang dan tunggu sejuk baru masukkan ke dalam peti ais 


ni baru je masak dan dimasukkan ke dalam loyang untuk disejukkan

puding yg baru keluar dari peti sejuk lepas disejukkan beberapa jam

siap untuk dimakan dan dihidangkan ni aku punya

nak makan dengan kuah pun sedap.

aku buat kuah sikit je ni bahan-bahannya dan cara-caranya :

  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 sudu tepun kastard
  • 1/2 cawan gula (aku letak 2 sudu je takot manis sgt)

- masukkan semua bahan dia atas ke dalam periuk dan kacau sampai sebati.
- pastu panaskan diatas api yg perlahan sampai mendidih.
- masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan dan disimpan di dalam peti ais.

kuah ni boleh juga dimakan bersama buah-buahan koktail atau nata dicoca.

ok.. itu je.. best sangat bila 1st time buat terus menjadi. cuma manis je sikit. pasni kene kurangkan manis dalam makanan. tambah manis dalam senyuman.

p/s : petang ni buka mungkin beli je kot kat bazar. yelah nak masak xsempat ambik my sayang kecik sampai umah da pukul 6. kalu masak terkejar-kejar pastu penat. nak makan pun da xlalu.

No comments:

Post a Comment