Pages

Monday 22 July 2013

Puding Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum...

bersua lagi petang ni...

Alhamdulillah...

tapi hari nak syer resepi puding je. bulan puasa ni kita tulis pasal makanan jelah kan. tak banyak aktiviti yang nak buat. puding ni aku bukan lah minat sangat nak membuat pastu tertengok kat satu blog dia buat macam sedap je pastu bahannya pulak simple je. jadi terus jelah masa buat tu hari jumaat rehat kan panjang.

ok lah kita tengoh bahan-bahannya :

  • 10 gm agar2 serbuk (aku guna yang tali beli yg 20gm tapi bahagi 2)
  • 1 tin susu cair
  • 750 ml air
  • 3/4 cawan milo
  • 150 gm gula (aku guna separuh je kot itu pun manis lagi)
  • 1 paket biskut oreo

cara nak buat nya
1. rendam dulu agar2 dalam 15 minit biar dia lembut sebab aku guna agar2 tali
2. kemudian masak agar2 dengan 750ml sampai larut
3. kemudian masukkan gula dan 1 tin susu cair masak sampai mendidih
4. bahagi kan kepada 2  bahagian
5. satu bahagian dicampur dengan milo satu bahagian biar je original
6. sediakan loyang.
7. masukkan lapisan milo dulu biarkan dengan mengeras sikit kemudian masuk lapisan putih
8. diatas lapisan putih taburkan biskut oreo yang telah dipatahkan 2
9. biarkan mengeras sikit kemudian masukkan lapisan milo
10. biarkan sekejap sejuk dalam suhu bilik kemudian baru masuk peti ais.

itu je. xsampai setengah jam pun buat nye cuma nak tunggu buat lapisan tu je lame sikit
memang sedap xtipu cuma aku buat termanis sikit.

ini lah yg sempat di snap itu pun nasib baik ingat

masa nak potong takot sangat xjadi tapi Alhamdulillah jadi.. pasni boleh cuba resepi lain
 puding ni aku buat bagi kat BS Afina sikit yang lain buat balik bahau umah mertua makan buka puasa.

p/s : semalam buka puasa ngan kfc mula2 ingat nak masak tapi sebab da terlalu penat panas dari bahau. ingat hari ni nak masak tapi xtau lagi jadi ke x kepala duk sakit je ni.


No comments:

Post a Comment