Pages

Friday 19 July 2013

Alhamdulillah... Rezeki Ramadhan 1434H

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah makbulkan doa kami...

Akhirnya pada 18 Julai 2013 (Khamis) dapat berita yang telah ditunggu dari bulan November 2011 hampir nak masuk 2 tahun. Dari lepas kahwin da mengandung dan bersalin anak da masuk setahun ntah pregnant lagi (hehehe) mane ada saje je doa je.

Berita tu ialah :

Surat Arahan Pertukaran
Tak tahu nak cakap apa sedih gembira semua ada syukur sangat2.

Bab cakap my sayang macam orang menang berperang. tapi yang pelik kenapa sampai 2 tahun diaorang tunggu baru dapat tukar.

lepas ni lega sikit kewangan kami sekeluarga. banyak lah perkara yang berubah selepas my sayang dah kerja dekat dengan rumah. pergi kerja tak lah awal lagi sebelum ni keje 6.45pagi. Anak pun belum bangun.

Dari segi jarak pulak sebelum ni pergi kerja 85km satu hala balik 85km jadi jumlah pergi balik 170km satu hari. Tempat kerja baru sekarang dalam 11 km je. Pergi balik 22 km x 5 hari = 110km. tengoklah perbezaan ulang alik tempat kerja baru 7 hari baru same dengan sehari ulang alik tempat keje lama.

Terima kasih semua pihak yang terlibat dalam pertukaran suami ku ini.

dan pada hari yang sama dapat juga berita ni. walaupun tiap2 tahun dapat tapi kebetulan pada hari yang sama berita suami ku.

tiap2 tahun pun dapat ni kebetulan tahun ni sama dengan berita pertukaran suami ku. tak sabar nak tunggu kenaikan yang PM umum dan bonus raya. Insyaallah ada Amin.
ada kawan pejabat cakap

Kawan         : Adik kak dapat tukar sebab rezeki anak ke 2 mungkin suami jiha dapat tukar sebab rezeki anak ke 2. 

Aku             : Yeke kak ni.. pandai je kak ni, rasenye macam belum ada lagi tanda2 hamil anak ke 2. Mungkin juga rezeki Afina nak masuk 1 tahun bulan depan.

itu je lah nak berkongsi 2 berita gembira. Alhamdulillah.

Takde niat langsung nak menunjuk cuma untuk kenangan masa hadapan.

Jadi kalau boleh yang jaga bahagian penjawatan jaga lah kebajikan pekerja. pekerja tengah susah tekanan kerja sebab berulang jauh hari2. belum lagi tambah derita lagi dengan fizikal yang selalu penat. kewangan yang sampai paras hidung.

itu je lah..

p/s : hari ini nak balik buka puasa kat umah atuk ngan nenek Afina. Minggu depan plan nak balik trg nuzul quran tapi macam ada program buka puasa kat pejabat. nampak gaya nye macam nak kene tunggu raya baru balik ganu. Mengidam nasi kerabu ma buat my sayang.


No comments:

Post a Comment