Pages

Monday 15 July 2013

Mee Rebus Terengganu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur sebab diberi kesempatan untuk menaip entri yg ke tiga kot hari ni. kalau sempat publish lah.

Mee Rebus ni aku buat ala-ala terengganu. ada jugak orang panggil mee kuah. terpulang kat negeri masing2 nak gelar apa. aku masak ni hari ke 4 puasa yelah masa tu hari sabtu cuti hujung minggu boleh lah masak2 sikit. buka xsedap beli tapi masak sendiri ni rase nikmat dan kepuasan nya. aku ni memang suka masak2 dan suka mencuba.

ok... kita tengok bahan-bahannya.. cite panjang kot orang boring pulak kan. itu pun kalo ada orang sudi baca blog ni.

bahan-bahan untu buat mee rebus :
  • mee kuning (aku pakai setengah je makan 2 orang) rendam dulu sampai kembang dan buang minyak pada mee
  • 1 labu bawang putih (terpulang kalu suka banyak ke sikit)
  • 2 pokok sawi bunga (nak banyak pun xpe
  • 1 ketul isi ayam dipotong kecik2
  • 3 ekor udang
  • garam lada hitam ditumbuk sikit 
  • kiub chicken stok sikit je 1/4 (kalau xmasukkan pun xpe)
  • minyak masak sikit
bahan-bahan hiasan :
- limau nipis
- cili jeruk (potong cili merah dan cili padi kemudian masukkan kedalam cuka serta garam dan gula)
  • cili merah 
  • cili padi
  • cuka
  • garam 
  • gula
cara na buat merebus :
- ketukkan bawang putih tanpa dibuang kulit kemudian tumis sampai garing pun xpe (ni petua oarng cakap bawang putih masak bersama kulitnya tapi basuh dulu ye)
- kemudian masukkan isi ayam yg telah dipotong kecik2 dan udang.
- masukkan garam goreng sampai pecah minyak kemudian masuk air. air ni terpulang nak banyak mana kuah. kalo nak sedap banyak kuah
- bila kuah da mendidih masukkan sawi kemudian masukkan mee kuning dan masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
- siap untuk dihidang bersama lada jeruk dan asam limau nipis

mee rebus/mee kuah yang siap untuk dimakan bersama lada jeruk dan limau nipis
cili jeruk yum yum masam masam manis je pedas xsangat

sedap nye makan mee rebus macam nak buat lagi je petang ni. udang ngan sawi ada lagi mee kuning je xde pun. 2 kali makan aku mee ni.

p/s : ni entri ke 3 untuk hari ni. bulan puasa ni ke buzy an kurang sikit. sebab bulan mulia aktiviti pejabat pun xbanyak tunggu lah pas raya. tahun lepas time macam ni da pikir nak beranak je.



No comments:

Post a Comment