Pages

Wednesday 18 September 2013

Alhamdulillah... Rezeki Allah S.W.T (UPT Positif)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi Allah bagi kami rezeki secepat ni tambah lagi bakal ahli keluarga kami. Alhamdulillah... Syukur...

Selepas bersalin kan Afina period aku memang tak teratur langsung. Jadi agak susah nak merancang walaupun da buat kiraan. Aku memang tak ambik perancang apa pun sebab aku kan berdarah rhesus negetif jadi doktor pun cakap mungkin susah nak lekat. Tapi itu manusia yang cakap. Tapi yang menentukan Allah S.W.T.

Aku rasa nak cek pregnant pun lepas badan aku sangat lah tak sihat. masa tu puasa pulak. Pastu susu sangat2 merudum walaupun da pam ikut jadual. Biasa boleh dapat 15oz sehari jadi 3oz pun susah. Masa tu tanda2 pregnant memang ada rase tapi macam tak mungkin lah pregnant. cuba lah test pakai upt biasa je beli kat gurdian. memang ada standby kat umah. naik jugak 2 line tapi line ke 2 tu kabur je. masa tu mungkin horman je kan.

Lepas seminggu tu tunggu period tak jugak biasa dalam tempoh 40 hari da period. try lah cek lagi sekali sebab rase badan pun lain macam je. biasa jugak puasa tapi tak lah sampai terpaksa baring je memang letih giler lah orang cakap.

Sekali cek... UPT positif... terus mengeletor duduk kejap termenung. betul ke ni...

guna UPT biasa je. Alhamdulillah naik 2 line 30 Julai 2013

Petangnya bawak Afina pi klinik sebab selsema badan pun macam nak demam conferm ngan doktor terus. Alhamdulillah doktor sahkan pregnant dan masa tu ikut kiraan 5 week ++.

Lepas 7 week pi lagi sekali klinik untuk scan...

Scan 7 week

Tapi baru hari ni nak maklum kat entri sebab hari tu masa tahu masih terlalu awal untuk dihebohkan. Sekarang da masuk 12 week ++

Alhamdulillah...

#sumber images google#
Alhamdulillah...

Kami 1 family sangat2 seronok dengan bakal kehadiran orang baru. Rezeki anak kedua lah my sayang dapat tukar dekat dengan aku. Semoga dengan kehadiran anak2 nanti dimurahkan lagi rezeki kami sekeluarga.

Doakan aku dan baby sihat sentiasa kerana baby aku sangat2 ada risiko kerana darah aku dengan suami berlainan rhesus. Yang penting ummi akan jaga kesihatan.

Dan sekarang walaupun kandungan da nak masuk 2nd termister aku masih lagi bagi bf kat Afina. selagi badan aku larat. baby kat dalam pun ok.

Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada anak2 aku. Semoga aku dapat menyusukan Afina hingga 2 tahun dan diberi kesihatan yang baik kepada kandungan ke 2 aku. AMIN....



No comments:

Post a Comment