Pages

Wednesday 11 September 2013

Pengalaman Pregnant Dan Bersalin Anak 1st (Part II)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... hehehe... kita sambung cite kat sini hari cite masa pregnant sampai masuk wad.

sekarang sambung cie masuk wad pulak. tapi maaf lah sebab hampir lupa doh mungkin ada perbezaan masa sikit maafkan aku ye.

28 Ogos 2012
petang nye lapor diri kat wad kenanga wad ibu2 mengandung tunggu nak bersalin dengan wad yang ada masalah masa pregnant. bila masuk wad katil xcukup. ramai rupanya ibu2 yg tunggu masa bersalin. masuk wad cek berat dengan air kencing. pastu duk kat katil tunggu doktor datang ambik darah. itu je aktiviti pada malam tu. pastu malamnya aku solat lah lagi sebab tanda apa takde lagi doktor pun lum cek apa lagi. tapi malamnya sangat2 la lapo sebab xmakan. aku pun xtau yg suami blh htr makanan. nasib baik lah my syg da beli roti standby takot lapo. makanan spital pulak xkene ngan citarasa nasiblah.

ptgnya da tenang semua aku pun tepon kat ma. my syg tepon kat mil maklum aku da masuk wad dan mungkin kene masuk ubat utk paksa bersalin esoknya.

7.30 mlm - 1st time nak kene cek jalan. aduhai xtau nak cakap masa tu nak cakap masa tu tp syukur dapat doktor perempuan. tipu kalu xsakit cuma mungkin cara dia yg lembut tu xsakit sangat. cek baru 1 cm. Alhamdulillah ada jugak jlnnya. tapi esok kalo jalan nya xbuka doktor akan induce.

29 Ogos 2012
6.00pg - aku bangun solat subuh sebab masih sihat tanda pun takde lagi. pastu kul 6.30pg nurse datang bgtau kul 7.30pg doktor datang nak cek bukaan brapa. tunggulah doktor. adalah ibu2 lain jugak tapi xramai pun masa tu dalam 5 6 orang je kot.

7.30pg - cek jln lagi utk kali ke2 tp result sama juga 1cm lg. doktor ckp dia akan masukkan ubat iaitu induce utk cepatkan bukaan. lps masuk ubat kene rehat 1 jam baring je. pastu br boleh buat aktiviti.

12 tghr - tengahari tu semua sampai ma datang adik ngan adik ipar hantar dtg dr terengganu. mil ngan fil ada dtg jugak masa melawat kul 12tghr. aku masa tu Alhamdulillah xrase sakit sangat pun. skit2 je baby mengeras.

7.30ptg - cek jln lagi lepas masuk ubat tetap sama jugak. doktor masuk ubat ke 2. doktor akan cek dlm tempoh 24 jam kecuali kalo ubat tu jatuh sebab dia pakai wayar masuk macam air gitu name nye balloon kot. lupa doh.

tp dalam tempoh sehari tu ada sekali ke buat ctg iaitu cek jantung bb. Alhamdulillah masa tu semua ok.

30 Ogos 2012
dari pagi sampai petang xde aktiviti sekali sekala je tahan sakit. tp xsakit sangat. syukur sangat2 dipermudahkan.

4.00ptg - doktor panggil untuk cek jalan lagi. cek2 da 4 cm. nurse bg baju untuk hantar ke labor room. masa tu pun pelik jugak aku ni nak beranak ke tp kenapa macam xsakit je. pastu tepon my sayang bagitau kat semua lah sebab beg aku nurse nak kemas termasuk hp.

5.00ptg - tunggu punya tunggu punya tunggu sampai lah kene masuk kat katil sebab sebab labor room penuh ada kes emegency ibu sakit jantung nak bersalin. nurse suh ready bila2 labor room penuh dia akan tolak. masa tu da lah aku sehelai sepinggan tepon pulak xde.

10 mlm - my syg naik kat wad tanya perkembangan. tanya nak makan apa. aku order nasi paprik makanan last sebelum bersalin. tunggu punya tunggu sampai ke pagi. kesian abah ma mil fil my syg. nak call hp xde. semua tunggu kat lobi. terima kasih semua.

gambar bersiap untuk ke LR. debor ni tp xsabar nak jumpa baby

31 Ogos 2012 (Merdeka Ke 55 Tahun)
5.00 pagi - nurse datang masuk ubat berak. pastu minta mandi tukar baju baru. bersiap untuk ke labor room.

6.00 pagi - tepon my sayang aku nak di hantar ke labor room. semua baru je balik rumah mandi sembahyang. sedih je dengar.

6.15 pagi - nurse hantar ke labor room. doktor yang bertugas cek jalan lagi. nurse pasang ctg. pastu doktor conferm kan darah dulu kat bank kalo emengecy tiba2 kene czer. Da ada darah 2 pain. baru panggil doktor pakar pecahkan ketunban.

9.00 pagi - my sayang pun masuk nak teman. terima kasih sebab teman bersalin. rase kurang sikit sakit. pastu kuar masuk kuar masuk nurse doktor.

11.00 pagi - doktor masukkan air iron kot dia sebut utk rase kontraksi dengan cepat lagi. tapi Alhamdulillah masih boleh bertahan lagi sampai jam 3.00 ptg.

3.30 ptg - bgtau my sayang. aku da xtahan. rase bb nak kuar sangat da ni. doktor pelatih blh cakap lama lg ni kul 5 br bersalin. xpuas hati bgtau jm yg bertugas bila cek da 10 cm da masanya nak bersalin. tp masa ni aku memang xingat apa. nurse letak gas pun aku xsedar. minta izin my sayang nk buka tudung sebab panas. masa tu semua perempuan dlm bilik tu.

4.06 ptg - dengan sekali push je lahirlah bayi girl. Alhamdulillah aku rase sangat senang bersalin nurse pun cakap same sangat senang dan cepat. berat bayi masa tu 2.58kg disalupi selaput putih sangat mata berkelip-kelip je. kesian bb dia pun rase jugak sakit lalu ikot jalan sempit. mata nye sebijik macam abahnya pandang aku. hehehe terseyum jap.

nurse pun bawak untuk jumpa ahli keluarga lain utk diazankan. untuk dibersihkan. pastu doktor dari nicu pun datang bgtau bb kene admit wad 5 hari sebab ibu berdarah rh negetif untuk pemantauan.

aku pun dijahit dibersihkan. bagitau nurse aku sangat2 lapo. bayangkan xmkn dari kul 11 mlm 30 ogos.

6.45 ptg - aku dihantar ke wad sorang2 baby pulak dihantar ke nicu. sedih berpisah buat pertama kali nya malam tu.

tamatlah kisah 12 jam di labour room. pengalaman indah dah dapat baby semua hilang sakit.

01 September 2013
9.00 pagi - doktor cek bekas luka jahitan. takot2 nurse trsilap jahit ke. tp semua nye cantik

Doktor conferm darah baby dgn rhesus dari nicu sebab nak bg rhogam ke 3 kat aku dalam tempoh 24 jam lps bersalin. baby berdarah B rhesus positif. jadi ptgnya aku terima rhogam ke 3.

8.00 malam - baru dpt kuar wad org lain da blk umah. pastu masuk wad nicu pulak 6 hari duk ngan baby.

05.09.2013 - kuar lah wad nicu dengan baby slps 5 hari ditahan se minimum yg mungkin. Alhamdulillah baby sihat. bawak balik umah bera. malam nya mil ngan fil datang.

06.09.2013 - pagi nya kawan2 opiz datang. tengahari pi klinik desa kejap pastu balik ganu.

selamat berpantang... itu je kisahnya. hari ke 4 daftar baby kat JPN Bera. dptlah name NUR AFINA SAFIYA. masa buat entri Afina da setahun. Adik Afina dalam perut da masuk 3 bulan. Alhamdulillah.

entri tanpa picture. xtau nak tepek gambo mane. malu ekpun muka selekeh je ms pakai bj pink tu.

p/s : ok da habis cite pengalaman anak 1st nanti aku kongsi yg 2nd pulak. ptg ni ma abah mari yeyeyeye..



No comments:

Post a Comment