Pages

Tuesday 3 September 2013

Pengalaman Pregnant Dan Bersalin Anak 1st (Part I)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Rase nak berkongsi pengalaman pulak tapi cut2 jugak. Sikit2 lah sebab cerita da setahun hampir nak lupa tapi segar dalam ingatan.

13 Januari 2012
Masa ni period da lewat 3 hari biasa period aku teratur sehingga lah ke tarikh ini. Alhamdulillah saja lah test sendiri kat umah UPT positif. yang memeningkan kepala malam tu nak ke Parit Buntar ada Program HPPNK 2011 peringkat kebangsaan. Perjalanan naik bas dengan keadaan pregnant yang masih awal risau jangan cakap nak cansel da tak boleh.

Malam sebelum berangkat pergi makan dulu dan pergi klinik dulu nak sahkan pregnant. sebab gerak pun lewat kul 10 lebih. bila cek kat klinik negetif pulak sebab mungkin waktu malam masa tu air kencing pun cair lagi.

15 Januari 2012
Pergi klinik ke 2 pulak. Cek pregnant waktu pagi memang xmakan minum sebab nak bagi air kencing pekat. Alhamdulillah positif pregnant 5 weeks.

3 Febuari 2012
Selepas je 6 week pregnant tiba2 je ada bleeding. tapi sikit2 je. genap je 7 week pergi lagi sekali klinik scan. sebab asek risau xboleh buat apa hati xtenteram. lepas scan doktor cakap baby sihat jantung ada. Doktor cakap kadang2 normal pendarahan awal kehamilan tapi jangan sakit perut je sebab ancaman keguguran. doktor bagi ubat kuatkan rahim dengan obimin.

20 Febuari 2012
Buka buku merah kat klinik desa. pastu cek darah kat klinik kesihatan. scan baby masa ni da 10 week nampak semua bentuk.

22 Febuari 2012
klinik desa call suruh pergi rujuk doktor sebab aku berdarah O tapi rhesus negetif. 2 kali makmal cek darah tapi keputusan nya memang O rhesus negetif. Kene soal siasat dengan doktor keturunan sape berdarah sama. untuk standbay in case ada masalah masa bersalin nanti jadi aku bg lah name abg. Doktor pun buat lah opiment ngan pakar O & G Hoshah untuk rawatan susulan sampai bersalin.

ni buku merah aku yang 1st
bermula lah episod jumpa pakar ulang alik hospital setiap 6 minggu. belum lagi ulang alik klinik sebab hb 9 lbh je. tp yang best nya tiap2 bulan scan free je kalo pi swasta da kene brapa pun xtau.

3 April 2012
Kali pertama ke klinik pakar O & G Hoshah memang xtau apa2 daftar pastu daftar lagi kat klinik O & G jumpa doktor pakar, ambik darah, scan pastu nak kene cek darah husband nak tau rhesus.
kiranya setengah hari jugak lah.

16 April 2012 dan 14 Mei 2012
Kena dos suntikan kancing gigi. 2 kali untuk 1st pregnant. 3 hari xhilang kebas.

26 Mei 2012
masa 24 minggu pi scan 3d nak tengok gender bb kat senawang pakar sakit puan. doktor cakap kemungkinan girl. sbb kecik lagi kan. tapi masa tu naluri aku cakap girl jugak.

26 Jun 2012
Masa ni pregnant 28 week jadi ambik rhogam 1st yang ke 2 masa 34 week. nak cakap sakit tu blh tahan jugak lah sakitnya selepas suntik baru rase kebas. tapi demi anak tersayang dan untuk badan umi sendiri takpe.

11 Julai 2012
Klinik pakar. masa ni nak masuk 31 week tapi baby masih songsang kepala kat atas kaki kat bawah. tapi doktor cakap blh pusing lagi.

24 Julai 2012
34 week 2nd dos rhogam.

28 Ogos 2012
Hari last jumpa doktor pakar masa ni 37 week baru balik cuti lps raya 1 minggu. scan2 semua nya ok tapi tapi...

tiba2...

muka doktor berubah... dia cakap kandungan ada masalah air ketunban kurang dan sangat berisiko untuk bb lemas. jadi saya terpaksa masukkan awak ke wad untuk bersalin. kalo da ada jalan ok. tapi kalo belum terpaksa di induce / paksa bersalin.

dapat surat cinta dari doktor sug masuk wad tp minta balik umah ambik barang kejap. sebelum masuk wad aku makan kenyang2 balik kemas barang yang patut masuk wad yang nak bwk balik trg masa kuar hospital 6t.

4.00 petang - daftar diri kat wad kenanga 3 hospital temerloh.

ok... da panjang je entri kita sambung part II plak kat sini ...





No comments:

Post a Comment