Pages

Friday 30 August 2013

Selamat Hari Lahir Abah Ke 58 & Dan Selamat Bersara

Assalamualaikum...

Selamat Hari Lahir Abah 

Ke 58

Tahun 2013

Pada 30 Ogos 2013

Alhamdulillah 58 tahun abah melihat dunia. Aku doakan abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki dan sentiasa gembira disamping family.

Amin.
#sumber images google#

Selain besday Abah hari ini. Hari ni hari last perkhidmatan Abah sebagai kakitangan awam di Jabatan Perhutanan Hulu Terengganu. Semoga Abah seronok dapat berehat kat rumah setelah 39 tahun berkhidmat dan bekerja.

p/s : mengantuknya lah da lah sejuk. pening kepala lagi. baru nak buat entri banyak hari ini. tapi tiba2 pulak pening. tekak loya jeni. Lain je pregnant kali berbanding ngan Afina dulu xde alahan apa2 pun. tapi itulah pengalaman bukan semua dapat merasa. Alhamdulillah.


Nasi Lembik Dan Sup Ikan Tenggiri Untuk Baby

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Lama da tak syer resepi bayi ni. Resepi  ni aku start bagi Afina masa umur nya masuk 10 bulan xsilap. sangat2 ringkas. kiranya pagi tu ambik masa setengah jam je untuk masak. Da lama nak syer tapi asik lupa je nak snap picture.

Cara Masak Nasi Lembik (Bubur Nasi)
Beras untuk masak nasi lembik tu aku blander dulu bagi halus sebab sekarang Afina makan pun dah macam orang besor tapi kalo nak bagi kasar sangat pun kesian kat dia. plan2 lah. pastu nasi tu masak je macam biasa cuma kene lebihkan air.

Sup Ikan Tenggiri

  • Ikan Tengiri
  • Kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • batang sup
  • carrot
  • cauliflower
  • minyak zaiton
  • air
  • perencah sup adabi
  • stok ikan bilis sangai

Cara memasak :
1) masukkan sikit minyak masak
2) tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih, halia, dan batang sup
3) masukkan air kemudian sayur carrot dan cauliflower
4) masukkan perencah sup dan stok ikan bilis
5) dah mendidih masukkan ikan tenggiri dan tunggu lah sampai masak

itu lah resepi serba ringkas untuk bekalan afina kat umah BS dapat makan 2 kali pagi dengan tengahari.
aku rajin jugak masak sup ayam atau daging tapi Afina suka makan ikan je. kadang tumis bayam dengan ikan. ikan singgang ke. tapi asal ikan laju je dia makan.

Sup Ikan Tenggiri Dan Nasi Lembik Untuk Bayi
ok nanti kalo ada resepi baru lagi untuk baby aku syer ye. tapi afina ni suka makan nasi je. bagi oat ke biskut ke kurang je nak makan. tapi roti ok lah dia makan jugak.

p/s : tengahri ni rehat lama balik rumah kemas baju petang ni nak balik umah Atuk ngan Nenek Afina. petang pulak nak bawak Afina pi klinik cucuk setahun. Sian Afina kene cucuk hari ni. Mesti nangis anak ummi.


Tuesday 27 August 2013

Suplement Ketika Hamil

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Minggu ni kandungan ke2 aku da masuk 9 week ++. sejak tahu je pregnant terus je ambik suplement. mula2 pi klinik doktor suruh makan asid folic dengan iberet folic. tapi bila cek masa nak buka buku merah hb aku sangat lah baik (Alhamdulillah) jadi doktor suruh stop dulu makan iberet folic. makan asid folic, b complex dengan vitamin c je dulu lepas 3 bulan baru makan balik iberet folic/iron tapi aku ingt nak makan shaklee je vitalea sebab ada iron jugak cuma2 awal2 tak boleh makan sebab ada alfafa xelok untuk kandungan.

Sorry nurse ngan doktor aku xmakan pun vitamin yang KK bg tu. aku makan juga suplemen tapi ambik yang shaklee sebab mantain je lepas bersalin afina makan set menyusu sampai sekarang cuma alfafa je xmakan.

Aku makan vitamin C, B-Complex (with folic asid) pastu minum susu anmum materna yang vanila dengan ESP. Mula2 aku ingat tak nak makan ESP. tapi memandangkan afina masih menyusu badan. susu pulak malu2 nak kuar terpaksa minum ESP untuk keperluan susu afina. ESP buka lah dapat banyakkan susu. cuma boleh memekatkan susu jadi afina minum sikit pun da kenyang.

Dengan badan aku yang perlukan rehat. jadi bila minum ESP afina menyusu malam pun kurang. sebab susu sikit pun dan boleh kenyang dan dapat tido dengan lene itu je.

Takde niat nak promote pun aku bukan ahli shaklee pun tapi bakal lah jadi ahli. cuma aku pengguna tegar mula lepas bersalin sebab mendatangkan kesan yang sangat positif. tak tipu langsung. mungkin produk ni sesuai dengan aku.



 # sumber images google #

Hari ni dapat mengarang entri sebab kerja banyak da selesai mod ada sikit2 pastu ada free sikit2 bolehlah mengarang. yelah pas raya cuti lame sangan kerja setimbun nak buka blog pun xsempat lagi lah nak mengarang nasib baik facebook sempat buka.

p/s : malam ni nak masak apalah. lame pulak tak syer resepi. hari2 pun masak tapi xsempat nak snap picture da ngap dulu. Lagi 3 hari besday anak ummi yang 1st. Jap je.


Mengidam... Sambal Hitam

Assalamualaikum...

Alhamdulilllah dapat jugak makan sambal hitam. ntah lah tiba2 terasa nak makan sangat2. da makan semulut ok lah. sambal ni biasa kat Pahang lah ada. Tapi mungkin sekarang mana2 pun da ada buat kot da mudah nak dapat.

Sambal ni mengidam nya start puasa hari tulah tengok ketuk ramadhan fizz fairuz buat aduhai meleleh lah jugak. Lepas je raya ada jamuan lepas mesyuarat MOA akak pejabat ada masak sambal ni. Apa tunggu lagi bungkus buat balik. Orang lain belum merasa aku da makan dulu malam nya. Lahap betul lah.

Nak buat sambal ni guna 4 bahan utama je.

  • Bawang besar/merah
  • Ikan Bilis
  • Cili Padi
  • Belimbing Buluh (Rebus semalaman)

cara nak buat aku xberapa nak ingat. da tengok tapi xcakna. makan je sedap.

Sambal Hitam 

tapi dalam gambar ni nampak macam merah pulak. kalau warna sebenarnya hitam je.

rasenya itu je kot entri hari ni. aku benornya nak kongsi pengalaman pregnant 2nd ni. tapi sebab masih baru lagi. tunggu lah kandungan besar sikit.

p/s : buku merah da buka. cuma doktor nak scan sekali lagi bulan depan. semoga kandungan ni sihat dan selamat. Amin.


Monday 26 August 2013

Terjawap juga sikit-sikit... Boleh ke Menyusukan Anak Masa Hamil...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah puas juga mengali ilmu menyusukan anak masa hamil. ini pun aku copy paste je dari group KIM FB. takde niat lain cuma nak dijadikan simpanan untuk aku. tapi entri ni takde picture pun. jadi mungkin boring sikit nak baca.

SOALAN
Aina Mardhiah
semalam my hero dah genap 1 tahun, alhamdulillah, dah sempurna penyusuan selama 1 tahun, ada 1 tahun lg.. namun semalam sy mendapati :-

1) hasil ujian pregnancy test, ada 2 line
2) sy tidak mengalami haids sejak pantang


sesiapa sudi share tips bagaimana 
1) Teruskan menyusu anak sulung walau hamil
2) adakah sy perlu mengepam susu utk stok ( sy suri rumah dan fully BF )
3) tips ketika nak bersalin nnt, perlu bawa anak sulung ke hospital?
4) perlu ajar botol bermula sekarang?
5) bagaimana berpantang dalam keadaan bayi sulung masih BF?
6) sy juga mengunaakan Baby carrier utk membawa anak sulung, adakah ini selamat utk baby dalam kandungan?
7) bagaimana bertenaga semasa hamil + menyusukan badan?

JAWAPAN
Lily Azuwa xdpt nk bg jwpan sbb xde pengalaman lg..tp nk ucap tahniah je..

Aida Shukri blh lekat gak kan walau x mai period g..cmna sis tergerak ati nak cek erk

Liza Kedai Kak Liza tAHNIAH AINA... pun xde pengalaman so xde tips hehe..

Sophiea Nasrudin U preg?? Xshare ng i ponnnn huhu

Sazfariena Erfansyah Tahniah..teruskn je bf...blh jg bt stok dr skrg..satu kelebihan cz da ada air susu while preggy..

Suzilah Mesdi emm.. genap ank ptama sy setahun sy pn pregnt skrg ank ke2 sy dh nk msuk 7bln... dulu bila sy dpt tahu pregnt sy stop pump kat tmpt keja cuma kt uma je direct sampai usia kandungan 3 bln... n sy buat kputusan nk stop bg susu bdn... sbb sy ada contrcsion bila myusu.. dan sy rasa sy xbrapa kuat nk myusukn kedua2nya nanti mmandangkan sy ibu bkerja... (jgn mara ye ibu2 lain) sbnr tpulang pd bdn masing2 dan skuat mana hati mahu myusukan anak jika tiada apa2 masalah...

Nurul Khikmah tahniah.. period x muncul pun blh pregnant eh..

Yanie Yusoff mmg la boleh preggy wpun xperiod. kitaran haid kan, ovum akan keluar & bila xdisenyawakan baru la period. if disenyawakan, xler period.

Lyn Shinoda Tulah... Mcm mne bleh preggy walaupun x period?

Angah Haslina Huhu tahniah! Rezeki Allah nak beri
1. Boleh dengan nasihat doktor sebab penyusuan mungkin akan trigger contraction 
2. Terpulang kepada keperlua anak dan keselesaan puan utk menyusukan anak..biasanya masa pregnant nipple a bit sore
3. Tak perlu juga.. boleh ditinggalkan dengan bekalan ebm 
4. Kalau nak ditinggalkan dengan ebm maka perlu ajar minum susu bukan dari breast. tak semestinya botol..sippy cup pun boleh
5. Macam biasa..boleh buat tandem nursing tetapi dahulukan keperluan bayi.
5. selamat..sebab bayi dalam kantung yang berisi air ketuban. cuma tahap selesa puan lah..
6. Puan ambil makanan berkhasiat dan banyak berehat..boleh juga ambil supplement yang sesuai dengan keadaan hamil.

Ahkak Garang Hepi Befday anak Puan Tanah

Dahlia Sabry huhu.. tahniah ler kak.. rezeki sorg lagi..hehe

Aina Mardhiah Lily Azuwa, Lieza Ahmad, Lyn Shinoda : alhamdulillah... rezeki, terima kasih.. tp mcm terkejut juga, sbb x de piriod

Aina Mardhiah bila fikir semula kata Yanie Yusoff mcm logik pulak, sbb ovulation still berlaku, bila x senyawa tu yg dinding roboh tu dan berlaku la piriod

Aina Mardhiah Aida Shukri & Dahlia Sabry : tergerak hati sebab tanda2 tu dh ada, sakit2 pinggang, muntah2, loya2, x leh bau masakkan, x leh tgk makanan, asyik kencing je.. tu yg buat juga test tu

Aina Mardhiah Sazfariena Erfansyah : insyaallah, sedang menggali2 ilmu, rasa mcm kebal, rupanyanya tembus jugak..

Angah Haslina banyak berlaku camni sebab lepas 6 bulan penyusuan sahaja belum cukup untuk perancang keluarga. Kebetulan bulan tu ovulasi pertama berlaku selepas bersalin..kebetulan sperma ada dan senyawakan ovum itu..jadi instead of dapat period pertama..dapat pulak 2 lines..tahniah puan!!

Aina Mardhiah Sophiea Nasrudin : i nk bgtau u tp Hp i kena bar, habis limit, skrg i gelisah sbb x dpt nk jwb SMS custmer

Aina Mardhiah Ahkak Garang : tahniah kt anak puan tanah sbb nk dpt adik

Aida Shukri masa test dah bpa bulan?

Ummu Ikram sy preggy masa anak sulung 8mo. tanya gynae at the same time monitor berat baby dan anak, if dua2 ok, teruskan. sy mmg bf throughout pregnancy sampai sejam sebelum masuk labour room. tak bawa anak pg hospital pun sbb sblum ke hospital susukan dia puas2 sampai dia tido 11.30 malam gerak ke hospital, 1 pagi bersalin. esok2 pagi mak bawak dia dtg lawat sy kat hospital, terus susukan dia.bab baby carrier, sy bawak anak 10kg ke pasar malam dgn baby carrier beli ayam sayur sampai la 6 bulan preggy. sbb masa tu tak selesa dh nak bawak anak sbb perut ke depan. kes sy ni terpaksa sbb suami selalu outstation. tahniah puan!

Aina Mardhiah Aida Shukri ; x tau, nk kena scan dulu kot, rasanya dah 2 bulan kot

Aina Mardhiah @ummu Ikram : thanks atas sedikit tips

Aina Mardhiah adakah sy perlu tingkatkan penghasilan susu?

Siti Hajar  Aina Mardhiah:..tahniah...pglaman kita mgkin sama...bezanya sy bkerja...preggy 2nd baby wktu kakaknya 10mth...awk lg untung sbb suri spnuh masa...teruskan bf,...xperlu pump...sbb susu akn drop wktu awl preggy...so awk direct je bf...ms bersalin...suami bawa ank sy ke hspital...mjur sy cuma 2 mlm je kat ward....berpantang wktu anak sulung msih bf...simple je bg saya...sy akan tnya kakak dulu nak susu ke x....klu nak....sy akn susukan dia dlu..baru adik...tapi kakak susu da xsekerap adik...sy pasti awk mampu utk handle...tntg baby carrier....bg sy dulu...selamat la ...sy dukung trus...sbb ank sy pndai jalan umur 1y3mth...sy uruskan sndri anak...sbb pjj dgn suami...smpi skrg...huhuhu...ukt more energy...bykkan mnum air masak...mkn ape yg u rs nak mkn...tapi biar padan2 la....hehhehehhe

Aina Mardhiah terima kasih kak, patut dia mcm mrh2 masa menyusu tp alhamdulillah masih tk reject cik B, dan cik B mmg sakit la, tahan je demi anak, skrg ni mmg x mampu nk masak, tk tahan bau makanan

Siti Hajar breast mmg sakit bf time preggy...sabar je la...huhuhu...sy dulu time nak susukan ank..kn pejam mata thn sakit...kn byk sabar...ms 7-9 bulan tu susu da dtg byk da...hehehehe...awl2 kn byk sabar...

Honey Moon Aina Mardhiah : sblm ni ade mkn ubat perancang tak ?

Asma Al Tahniah aina

Iam Nurhayati Ibrahim Aina Mardhiah:sy bf smua kids sy..pas 1thn lekat lg..jarak smua 2thn..ngandung n bf xde maslh..teruskan je..juz think positif..nawaitu nk susukn 2thn..insyallah, rezki susu allah yg bg..minum byk2...time besalin 2nd, mama dtg umah..malam..so tinggalkan 1st dgn mama..pas besalin suami g amik ank 1st..branak 3rd siang, mama xdtg...angkut smua skali g spital..sy sorang2 dlm labour room, suami jg kids 2org lg..

Aina Mardhiah kak @siti hajar : semoga sy mampu mengharungi cabaran ini

Aina Mardhiah Honey Moon : x de pun, percaya kt susu ibu je, mana tau lekat jg

Aina Mardhiah Asma Al : terima kasih, nnt menyusul ye

Aina Mardhiah Iam Nurhayati Ibrahim : nawaitu yg penting, utk susukan 2 tahun, semoga Allah bantu dan beri kekuatan dn cukup utk kedua2nya

Diana Beads tahniah Aina Mardhiah... anak saya dah 9 bulan... masih neyusu badan lagi dan saya pun belum period. tapi saya masih berjaga-jaga dengan menggunakan kaedah merancang keluarga... belum bersedia untuk mengandung lagi sbb saya dah punya 3 orang anak...

Iqa Atiqah congrats sis.. anak kte sebaya rupanya.. 

Aina Mardhiah @ladyiana : jgn terexciden

Aina Mardhiah Iqa Atiqah : sama2 bulan 11 juga ke?

Semoga boleh dijadikan rujukan ibu2 lain diluar sana. yang penting niat. dan yang penting selagi tak datang masalah kat kesihatan kita.

Semoga aku dapat menyusukan Afina sampai 2 tahun walaupun dan campur ketika Afina tak de bersama sebab aku tak dapat nak pam sakit bila pam cuma DF je...

p/s : bila nak mengupdate blog banyak entri ni. bz sangat lah sekarang ni dengan badan yang tak larat je.



Friday 23 August 2013

Raya 2013 (Syawal 1434H)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah berminggu minggu tak meng update blog tapi masih lagi dalam bulan mulia sempat lagi kot nak cerita pasal raya. sebenarnya banyak sangat perkara cerita yang nak dikongsikan tapi masalah masa tak sempat pastu badan tak berapa nak sihat.

ok... ni cerita tentang hari raya tahun. tahun ni tahun ke 3 beraya sebagai isteri dan tahun pertama sebagai umi kepada seorang cahaya mata. tahun ni raya giliran belah suami raya kat johor rumah atuk nenek. kat rengit. raya haji nanti baru raya kat ganu. raya haji tiap2 tahun raya kat ganu tahun lepas sebab berpantang.

tema raya tahun kaler silver. itu pilihan mil jadi kami ikot jelah sebab mil cakap awal lagi masa tu pun baju belum beli. lagi keluarga mil tak besar pakai sama nampak sedondon.

aku cuti tahunan tak banyak jadi raya ambik 4 hari je semua cuti lepas raya. hari rabu malam raya baru balik johor sebab rabu aku kerja lagi. my sayang cuti da gilir2 jaga anak. bs anak da start cuti. pastu raya kat johor 3 hari sampai sabtu. sabtu tengahari balik ganu. sebab puasa da tak balik. itupun balik 3 hari je selasa da balik sini.

tapi al kisahnya raya my sayang kecik sangat2 moody sangat2 meragam. tapi sebagai umi ngan abah kami sabar lah bukan nya sengaja tapi mungkin suasana baru yang tak selesa untuk bb kecik. kami tak pergi beraya pun duk je rumah. sampai balik ganu. hari ke 2 baru ok. itu pun toki ngan nenek sabo memujuk.

ini lah gambar kami satu family masa raya. insyaallah raya tahun depan ber4 pulak.

macam banyak lagi nak story tapi idea tak mari. mungkin entri seterusnya pulak aku cerita ye. kepala berdenyut2 pagi2 muntah2. rase nye cukup sampai di sini cerita raya sebab aku tak pi beraya mane2 dengan keadaaan afina yang sedikit moody.

p/s : semalam pi klinik desa buka buku merah. hari ni pulak pi jumpa doktor dan scan. nanti aku cerita ye.


Wednesday 7 August 2013

Ucapan Hari Raya 1434H 2013

Assalamualaikum...

Hari ni nak bagi ucapan je sempena Hari Raya esok.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 H
Maaf Zahir Dan Batin

KEPADA :

Suami tersayang :
Shahrul Iwan

Anak tersayang :
Nur Afina Safiya

Ibu Bapa tersayang :
Ma Siti Khadijah
Abah Shafei
Mak Mertua Sahila
Ayah Mertua Sakdan

Adik Beradik :
Md Shaiful Nizam
Maria
Nur Izzati
Muhammad Abdullah
Shahrul Izha
Nur Hasanah
Nur Fatihah

Anak Sedara :
Najla' Alisha
Aisyah Humaira
Nur Maisarah

serta saudara mara sekalian... semua sekali sebab terlalu ramai untuk di list...

Tahun ni giliran beraya di kg suami tersayang di Rengit Johor. Insyaallah raya ke 3 balik terengganu. Tahun ni juga 1st time Afina beraya. Tahun lepas beraya dalam perut je.

Hari ni masih kerja lagi. petang ni atau malam ni baru gerak balik johor. Doakan perjalanan kami ye.

itu je ucapan serba ringkas

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'

p/s : Insyaallah tahun beraya bertiga tahun depan beraya berempat. tunggu lah tiba masanya aku syer berita gembira tersebut. Alhamdulillah. Amin. Rezeki ramadhan 1434H.


Thursday 1 August 2013

Surah-surah Amalan Ketika Mengandung

Assalamualaikum...

-

-

-

#sumber image google#

-

-

-

p/s : masuk dalam entri blog nanti senang menjadi rujukan.


Nasi Minyak | Ayam Masak Merah

Assalamualaikum...

Nak syer resepi nasi minyak dengan ayam masak merah. sebenar masak ni hari ahad yang lepas masa tak de nak menaip entri ntah tak tau aje apa yang sibuk sangat. kalau hari minggu suka je masak2 masa panjang. kalau hari kerja tunjuk jelah kot kat bazar.

ok lah jangan panjang cerita ni kita tengok je bahan-bahannya :

Nasi Minyak
  • Beras
  • Minyak Sapi
  • Planta
  • Susu cair
  • Air
  • Kulit kayu manis
  • bungan cengkih 
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • bawang besar (dipotong nipis2)
  • halia (diketuk)
  • garam halus
  • pewarna (aku xletak xde kat umah)
  • kismis (aku xletak xde kat umah)
Cara masak :
Panaskan planta dengan minyak sapi kemudian tumiskan rempah 4 sekawan masukkan bawang bersama halia. tumis sampai wangi. kemudian masukkan air dan susu cair (aku ukur 2 cawan air 1/2 cawan susu cair) kemudian masukkan beras dan secubit garam. kacau2 sekejap masuk dalam rice cooker (aku masak guna rice cooker terus jadi xpayah nak pindah2 lagi). tunggulah sampai masak. dah hampir nak masak masukkan pewarna dan kismis.

Ayam Masak Merah
  • Ayam
  • Serbuk Kunyit
  • Bawang Merah *kisar
  • Bawang Putih *kisar
  • Bawang Besar *kisar
  • Cili Kering *kisar
  • bawang besar (potong bulat2)
  • kicap
  • sos cili
  • asam keping
  • gula 
  • garam
Cara masak :
Lumur ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng.
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar sampai wangi kemudian masukkan gula garam kicap sos cili dan asam keping. kemudian masukkan ayam yang telah digoreng. masukkan air sikit kalo nak buat kuah.

ni lah hasilnya nasi minyak ayam masak merah makan bersama ulam timun dan tomato
aku masak simple je. mungkin lain orang lebih lagi bahan2nya. tapi bagi aku cukup ringkas pun xpe yang penting sedap.

Petang tu jugak buka puasa buat 2 jenis kuih popiah goreng aku pernah syer sebelum ni kat sini dengan kastard jagung pernah syer resepi kat sini ni aku tepek gambo je.

baru jadi cantik kali ke 3 buat xjadi da lah buat banyak rasa ada cuma lembik.
ok itu je untuk hari ni. sekian dan selamat mencuba.

p/s : sekarang ni tekak ni xtau nak makan apa semua rasa xmenyelerakan. tapi mikirkan makan untuk 3 orang telan jugak. yang penting air cukup 3L.