Pages

Monday 27 May 2013

Ayam Masak Kicap | Ikan Masak Pindang | Sayur Kubis Sawi Goreng

Assalamualaikum...

Aku tak tahu bila masak resepi ni.. dah lupa..
tp menu ni utk makan malam
sedap lah jugak skali skala masak rebus
tp segala resepi yg aku syer ni cara aku lah
kadang2 terkurang bahan yg penting rase ok
dan sedap..
dan kenyang...
ok...

Ayam Masak Kicap
  • Ayam
  • Bawang Merah *Tumbuk
  • Bawang Putih *Tumbuk
  • Halia *Tumbuk
  • Kulit kayu Manis 
  • Bunga Lawang
  • Kicap
  • Gula
  • Garam
  • Sos Cili
  • Cili Kering *Kisar
  • Bawang Besar *Potong bulat2
  • Cili Merah *Belah 2
  • Tomota *Belah 6
Mula-mula gorengkan ayam bersama dengan kunyit, halia dan garam yang tumbuk perap kejap dan georeng.
pastu tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bahan yang ditumbuk, pastu masukkkan bawang besar, cili merah, kisap, gula, garam, sos cili, cili kisar, masak kan kejap pastu tambah sikit air untuk bagi ada kuah, kalo xnk kuah pun xpe.pastu masukkan ayam yg siap digoreng td. dan last sekali masukkan tomato.

da siap blh makan...
siap untuk dihidang.. aku suka berkuah sikit..
Ikan Selar Masak Pindang
  • Ikan Selar
  • Serai *diketuk
  • Halia *
  • Bawang Putih *
  • Bawang Merah *
  • Kunyit Hidup *
  • Asam keping / Asam jawa
  • Garam *
  • Bawang Besar
  • Cili Merah
  • Tomato (blh tambah kalo ada)
  • Air secukupnya
Tumbuk semua bahan yang bertanda * dan tumiskan bersama serai sehingga naik bau.
Masukkan air tunggu sehingga mendidih
masukkan ikan asam keping bawang besar dibelah 4 dan cili merah dibelah 2 tggulah hingga masak.

 siap untuk dihidang...
ikan masak pindang namenye.. aku ingat ikan masak minang.. kalo tidak malu je
Sayur Kubis Sawi Goreng
  • Kubis
  • Sawi bunga
  • Carrot
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Kicap
  • Bawang Besar *
  • Bawang Putih *
  • Cili Merah *
Mayang semua bahan bertanda * pastu tumiskan dalam kuali dengan minyak sikit masukkan ikan bilis serta secubit garam
pastu da wangi masukkan sayur carrot diikuti kubis dan last sawi
renjiskan sedikit kicap
siap untuk dimakan...

sayur goreng simple

itu je 3 lauk menu makan malam kami 2 beranak

Selamat Mencuba..

p/s : hari ni baru dapat update blog bila cuti hujung minggu aktiviti banyak yg hendak dibuat ni.. Alhamdulillah td En Khu belanja pizza hut kenyang sgt semoga rezeki En Khu murah selalu.


No comments:

Post a Comment