Pages

Monday 29 July 2013

Popiah Goreng

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam buka puasa dapat jugak buat popiah goreng fabrek my sayang tapi wat simple je. nasib baik jadi sedap pulak tu. yelah nak kuar hari sabtu da seharian shoping. jadi hari ahad betul2 rehat kat umah buka puasa pun kuih buat sendiri 2 jenis popiah dengan kastard jagung.

ok jangan melengahkan masa kita tengok bahannya :
  • kulit popiah (sedang)
  • 1/2 batang carrot (potong panjang halus2)
  • 1 mangkuk taugeh
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 inci cili merah (kalu suka pedas letak lebih) dipotong halus2
  • 1 ketul isi ayam (rebus pastu carik2 isi nya)
  • garam 
  • minyak masak
cara memasak :

panaskan minyak tumiskan bawang besar dan cili merah kemudian masukkan isi ayam dan sayur perasakan dengan garam. masak sekejap je kalau layu sangan nanti tak sedap. sejukkan dulu sayur sebelum digulung dan digoreng popiah itu tadi.

kulit popiah dan sayur yang telah disejukkan
masukkan sayur kedalam kulit popiah
kemudian gulung popiah itu tadi gam kulitnya dengan air siap untuk digoreng

ok da siap popiah kita buah kuahnya pulak

bahan-bahannya :
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar cili kering dikisar/cili boh
  • 1/4 gula melaka (aku guna yang besar) yang kecik 1/2 je
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit asam jawa
  • garam
  • tepung jagung
  • cuka (nak bagi tahan lama) aku tak guna pun nak makan sekali je kan
  • bijan (kat umah xde)
masukkan kesemua bahan tadi kedalam periuk dengan api yang perlahan sampai semua bahan larut dan mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung jagung sehingga kepekatan yang diingini.



siap lah untuk dihidangkan.
Alhamdulillah my sayang cakap memang sedap... yeah buat sendiri isi boleh banyak mane yang kita nak. lain kali boleh buat lagi kulit popiah pun banyak lagi ada.

Selamat Mencuba...

p/s : hari ni iftar kat luar hotel sri malaysia temerloh. kalu sempat snap picture blh aku cite kat blog esok lusa.


Wednesday 24 July 2013

Akhirnya... Dutch Baby Langkah 1... Sob sob sob

Assalamualaikum...

Akhirnya...

Tanggal 24 Julai 2013

Afina terpaksa minum susu FM hari ini. Aku beli pun untuk backup sementara puasa ni. Aku beli susu Dutch Baby Step 1 macam ni. Aku beli yang 650gm je RM 17.90.

#sumber image google#

Maafkan ummi sayang. bukan aku xnak bagi susu badan tapi aku dah habis usaha mengepam tapi hasil nya ada cuma xmengcukupi untuk bekal Afina kat umah BS. nak cakap aku xminum air 3 liter aku da minum. aku ada ambik suplement shaklee. power pumping dah buat. tapi aku rase mungkin sebab aku puasa badan letih produktion susu merudum.

yelah bayangkan Afina minum susu sehari 12 oz hingga 15 oz aku dapat pam sediakan 9 oz je. itu pun pam malam ngan siang. stok semua da habis. Tapi aku akan usaha juga cukupkan bekalan Afina kalau boleh biarlah sampai 2 tahun. itu pun nasib baik my sayang banyak menyokong susu badan ni. Siap2 pujuk aku untuk sementara je ni.

Alhamdulillah tadi BS Afina msg bagitahu Afina minum susu FM mungkin dalam terpaksa. Jadi dia cakap xhantar susu pun xpe hari ni. Hari ni bekal EBM 2 botol x 3 oz pastu bagi susu FM mungkin 2 botol aku minta akak tu buat cair-cair je. 1 sudu FM 2 oz air.

Aku tak tahu nak cakap macam mane perasaan aku sedih teramat sangat bila Afina terpaksa minum FM. tapi aku akan usaha juga dapat susu badan kat Afina sampai 2 tahun. cuti hujung minggu dapatlah buat stok. Sekarang ni sambil mengepam aku amalkan zikir ni mudah-mudahan rezeki susu ada untuk Afina :

#Sumber FB Rahsia Susu Ibu Banyak#

Ya Allah semoga ada rezeki Afina susu ngan aku sampai 2 tahun. Amin.

p/s : hari jumaat ni cuti nuzul quran pahang je cuti my sayang xcuti n9. best jugak dapat berbuka kat luar time tu pun da gaji.

AV Kaspersky 2013

Assalamualaikum...

Sudah bertukar wajah rupanya. sebab tu lama tak de stok. makin lama makin canggih. nak install pun da xpakai CD pakai pendraf je. Janji fungsi sama lagi.

ni wajah lama

ni packing baru tengok nampak pendraf tu lah da takde CD sekarang
gambar av pun boleh wat entri. takpelah saje nak syer kot lah ada yang nak mencari maklumat tentang ni kan.

p/s : aku ada nak syer pasal something ni patut ke aku syer tentang kesedihan aku tu. dah lame xbuat wordless wednesday. tadok gambar tanpa ayat.


Selamat Hari Lahir Ma Ke 55

Assalamualaikum...

Selamat Hari Lahir Ma 

Ke 55

Tahun 2013

Pada 20 Julai 2013

Alhamdulillah 55 tahun ma melihat dunia. Aku doakan ma dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki dan sentiasa gembira disamping family.

Amin.

#sumber image google#

Tak tahu nak bagi ma hadiah apa. tengah duk pikir2 jugak.

p/s : minggu depan ma abah datang umah bestnya nampak gaya nye xjadilah aku balik buka puasa kat kg. balik raya nanti jelah.


Monday 22 July 2013

Sambal Bilis Dengan Petai

Assalamualaikum...

Nak syer sambal bilis petai ni aku masak makan dengan nasi lemak. kebetulan beli petai kat pekan sari pastu ma abah datang umah hari tu masak sambal udang petai. resepi ni da lama saje baru nak syer.

bahan-bahannya

  • ikan bilis (aku guna ikan bilis putih)
  • lada kering *kisar
  • bawang besar *kisar
  • bawang merah *kisar
  • bawang putih *kisar
  • kicap
  • asam jawa
  • gula 
  • garam
  • bawang besar (potong bulat)
  • petan (ambil biji je)

cara nak membuatnya
1. ambik sedikit ikan bilis tumbuk sampai lumat kemudian selebihnya goreng bilis aku suka sampai garing tapi terpulang kat citarasa masing2.
2. pastu minyak same kurangkan. kemudian tumiskan bahan yang siap dikisar sampai wangi masukkan ikan bilis yang ditumbuk, gula, garam dan kicap serta air asam jawa
3. kemudian masukkan petai, bawang besar yang dipotong bulat dan ikan bilis yang siap digoreng
4. masak sekejap kemudian boleh lah diangkat

masa nak tumis sambal bilis biarlah lama baru sedap biar bahan kisar2 betul2 masak
Aku buat takde kuah pulak besa ada kuah sikit baru sedap makan dengan nasi lemak
apa dia nak resepi nasi lemak pulak makan ngan sambal bilis ni

ok lah ni bahan-bahan nak buat nasi lemak
  • beras
  • santan pekat
  • air
  • bawang besar
  • garam halus
  • halia
masukkan santan kalau boleh biarlah cair sikit kemudian bawang besar halia yang diktuk dan garam halus secubit cara sukat santan sama dengan kita masak nasi biasa. nak sukat santan agak2 kita suka lemak ke suka kurang lemak ke.

itu jelah boleh lah dimakan dengan telur ke timun ke terpulang lah ye.

p/s : hari dapat buat 2 entri. kenapa orang xpikir macam aku pikir. kerja banyak tapi mod langsung xde nak buat.


Puding Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum...

bersua lagi petang ni...

Alhamdulillah...

tapi hari nak syer resepi puding je. bulan puasa ni kita tulis pasal makanan jelah kan. tak banyak aktiviti yang nak buat. puding ni aku bukan lah minat sangat nak membuat pastu tertengok kat satu blog dia buat macam sedap je pastu bahannya pulak simple je. jadi terus jelah masa buat tu hari jumaat rehat kan panjang.

ok lah kita tengoh bahan-bahannya :

  • 10 gm agar2 serbuk (aku guna yang tali beli yg 20gm tapi bahagi 2)
  • 1 tin susu cair
  • 750 ml air
  • 3/4 cawan milo
  • 150 gm gula (aku guna separuh je kot itu pun manis lagi)
  • 1 paket biskut oreo

cara nak buat nya
1. rendam dulu agar2 dalam 15 minit biar dia lembut sebab aku guna agar2 tali
2. kemudian masak agar2 dengan 750ml sampai larut
3. kemudian masukkan gula dan 1 tin susu cair masak sampai mendidih
4. bahagi kan kepada 2  bahagian
5. satu bahagian dicampur dengan milo satu bahagian biar je original
6. sediakan loyang.
7. masukkan lapisan milo dulu biarkan dengan mengeras sikit kemudian masuk lapisan putih
8. diatas lapisan putih taburkan biskut oreo yang telah dipatahkan 2
9. biarkan mengeras sikit kemudian masukkan lapisan milo
10. biarkan sekejap sejuk dalam suhu bilik kemudian baru masuk peti ais.

itu je. xsampai setengah jam pun buat nye cuma nak tunggu buat lapisan tu je lame sikit
memang sedap xtipu cuma aku buat termanis sikit.

ini lah yg sempat di snap itu pun nasib baik ingat

masa nak potong takot sangat xjadi tapi Alhamdulillah jadi.. pasni boleh cuba resepi lain
 puding ni aku buat bagi kat BS Afina sikit yang lain buat balik bahau umah mertua makan buka puasa.

p/s : semalam buka puasa ngan kfc mula2 ingat nak masak tapi sebab da terlalu penat panas dari bahau. ingat hari ni nak masak tapi xtau lagi jadi ke x kepala duk sakit je ni.


Friday 19 July 2013

Alhamdulillah... Rezeki Ramadhan 1434H

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah makbulkan doa kami...

Akhirnya pada 18 Julai 2013 (Khamis) dapat berita yang telah ditunggu dari bulan November 2011 hampir nak masuk 2 tahun. Dari lepas kahwin da mengandung dan bersalin anak da masuk setahun ntah pregnant lagi (hehehe) mane ada saje je doa je.

Berita tu ialah :

Surat Arahan Pertukaran
Tak tahu nak cakap apa sedih gembira semua ada syukur sangat2.

Bab cakap my sayang macam orang menang berperang. tapi yang pelik kenapa sampai 2 tahun diaorang tunggu baru dapat tukar.

lepas ni lega sikit kewangan kami sekeluarga. banyak lah perkara yang berubah selepas my sayang dah kerja dekat dengan rumah. pergi kerja tak lah awal lagi sebelum ni keje 6.45pagi. Anak pun belum bangun.

Dari segi jarak pulak sebelum ni pergi kerja 85km satu hala balik 85km jadi jumlah pergi balik 170km satu hari. Tempat kerja baru sekarang dalam 11 km je. Pergi balik 22 km x 5 hari = 110km. tengoklah perbezaan ulang alik tempat kerja baru 7 hari baru same dengan sehari ulang alik tempat keje lama.

Terima kasih semua pihak yang terlibat dalam pertukaran suami ku ini.

dan pada hari yang sama dapat juga berita ni. walaupun tiap2 tahun dapat tapi kebetulan pada hari yang sama berita suami ku.

tiap2 tahun pun dapat ni kebetulan tahun ni sama dengan berita pertukaran suami ku. tak sabar nak tunggu kenaikan yang PM umum dan bonus raya. Insyaallah ada Amin.
ada kawan pejabat cakap

Kawan         : Adik kak dapat tukar sebab rezeki anak ke 2 mungkin suami jiha dapat tukar sebab rezeki anak ke 2. 

Aku             : Yeke kak ni.. pandai je kak ni, rasenye macam belum ada lagi tanda2 hamil anak ke 2. Mungkin juga rezeki Afina nak masuk 1 tahun bulan depan.

itu je lah nak berkongsi 2 berita gembira. Alhamdulillah.

Takde niat langsung nak menunjuk cuma untuk kenangan masa hadapan.

Jadi kalau boleh yang jaga bahagian penjawatan jaga lah kebajikan pekerja. pekerja tengah susah tekanan kerja sebab berulang jauh hari2. belum lagi tambah derita lagi dengan fizikal yang selalu penat. kewangan yang sampai paras hidung.

itu je lah..

p/s : hari ini nak balik buka puasa kat umah atuk ngan nenek Afina. Minggu depan plan nak balik trg nuzul quran tapi macam ada program buka puasa kat pejabat. nampak gaya nye macam nak kene tunggu raya baru balik ganu. Mengidam nasi kerabu ma buat my sayang.


Wednesday 17 July 2013

Bubur Gandum

Assalamualaikum...

resepi lagi..

sehari 3 entri tak kan semua resepi...

habis itu je yang aku seronok syer...

aku buat bubur ni time buka puasa hari ke 4 ramdhan tak silap lah hari sabtu sebab semua masak xpi beli kat bazar langsung. bulan puasa ni suka buka dengan kuih yang manis2 ni. orang cakap kita cepat ada tenaga.

ok lah tak nak mukadimah panjang sangat kan boring xjadi pulak nak baca resepi nye..

aiii baca je tak nak cuba ke.

bahan-bahannya :

  • terpung gandum
  • air
  • secubit garam
  • santan
  • gula melaka / nissan
  • gula pasir
  • daun pandan

tu je bahannya... aah..

cara masak :

  1. masukkan santan, gula melaka, gula pasir, garam sikit, dan daun pandan disimpul
  2. tepung gandum dan air buat doh jadi adunan jangan keras sangat jangan lembut sangat
  3. sory lah aku buat ikut suka hati je xde nak sukat pun.
  4. kemudian da siap doh tepung tu blh lah hidupkan api perlahan2 sampai mendidih
  5. kemudian masuk tepung gandum yg siap dibuat doh 
  6. aku buat bentuk sesuka hati je. 
  7. pastu kacau2 je bubur tunggu sampai tepung masak.

da siap.. ini dia.

Aduhai macam teruk je upanye bubur ni. sory lah hari ni aku buat2 besar2 biasa ma aku buat cumil kecik2. tapi agak keras sikit tepung nye sebab terkurang air rase dia sedap (jangan pandang rupa tp pada rasanye)

itu je untuk hari ini

cukuplah 3 entri

kan xsempat nak baca blog orang lain pulak

sekian..

p/s : nak makan kuih apa petang ni. apa yang best kat bazar kerayong ye. sape nak jawap soalan aku ye.


Paprik Ayam

Assalamualaikum...

Ni entri ke 2 untuk hari ini.. dasyat sungguh sekarang sekali menaip 2 3 entri sehari. kalau xde. xde langsung berhari2. puasa ni ke buzy an kurang sikit dapatlah mengarang. sebenarnya banyak syer menu je puasa berbuka semua masak kan. pergi bazar pun beli kuih je. tapi tahun ni je hari kerja terpaksa beli sebab xsempat nak masak.

aku nak syer buat paprik ayam masa sahur u.. SAHUR ok. tengok betapa rajin nye aku. he3.. xdelah nak puji diri sendiri tapi kalau aku xpuji siapa lagi. Lagipun aku kurang sikit makan bila lauk yang da dipanaskan banyak kali. sebab tu sanggup bangun awal pagi nak masak kul 4 da bangun.

ni bahan-bahannya :

  • 2 ketul Isi ayam dipotong kecil2 (aku suka besar2 sikit)
  • 3 ekor udang
  • 5 biji cili padi (aku pakai yg kecik2 tu)
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 ulas bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji cili merah dibelah 2
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sudu B cili mesin
  • 1 sudu B sos cili
  • 1 sudu B kicap
  • 1 sudu B sos tomato (aku xmasuk kat umah xde)
  • 1 sudu K sos tiram (aku xmasuk kat umah xde)
  • 2 sudu B gula (sebab aku pakai kicap masin) kalau da pakai kicap manis letak sikit je terpulang
  • 1 sudu K garam
  • 1 ulas asam keping (masak sekejap je pastu keluarkan)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci carrot dipotong panjang
  • 1 biji tomato
  • 3 batang kacang buncis
  • 1 kuntum bungan kubis (kuntum kecik je)
  • 3 biji anak jagung (aku xmasuk sebab xbeli hari tu)

huyoooooo banyak nye bahan dia.

cara nak masak ye puan tuan :
1. tumiskan serai, bawang putih dan cili padi masak sekejap kemudian terus masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah yang dibelah 2.
2. masukkan ayam udang cili mesin serta semua sos-sos yang ada termasuk garam dan gula
3. biarkan ayam betul masak pastu masukkan semua sayur-sayuran
4. kemudian masukkan asam keping sekejap dan daun limau purut
5. kalau nak ada kuah masukkan air sikit dalam setengah gelas.

da siap.. senang je cuma bahannya banyak kalau bahan xcukup xsedap yg paling penting daun limau purut dengan serai

ini taraaaa...

tengok hasilnya warna-warni korang tak rase terliur je.. banyak kali my sayang puji sedap. yelah fabrek dia juga tapi aku jarang masak sebab malas nak daun limau purut beli sepeket guna 2 3 helai.

ingat malam ni nak masak paprik lagi lah. daun limau purut ada lagi. kalu buat tomyam my sayang kurang sikit. macam2 menu dalam kepala nak masak tapi masa selalu menceburui nak masak banyak2 makan 2 orang je.

itu je.. ntah mane tau rajin satu lagi menu menyusul.

p/s : aku perasan kat blog aku label paling banyak adalah RESEPI.. nampak gaya aku suka syer resepi lah kat blog ni. kene tukar nama agaknya jadi blog Kisah Resepi boleh ke gitu.


14 Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusukan Bayi

Assalamualaikum... 

Nak syer info ni untuk memudahkan rujukan aku. 
Info ni aku copy paste je dari FB.

14 TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSUKAN BAYI

1- Perbanyakkan meminum air suam. Make sure sekurang2nya 2-3 liter sehari. Ini sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak keesokkan pagi nya.

2- Jangan tak bangun sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat, dapat pahala kan :) 

3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Walaubagaimanapun, cuba elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram kerana ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

4- Paling utama, sebelum mula berpuasa, kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita. 

Berdoalah : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protein, glukos, serat dan cecair.

6- Makan banyak kurma. Amalkan bersahur dengan 3 biji kurma dan berbuka dengan 3 biji kurma.

7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi langsung. Nasi merupakan sumber tenaga. 

8- Kerapkan menyusukan bayi. Jika anda ibu bekerjaya, pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.

9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudian, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.

10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan.

11- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu.

12- Banyakkan berzikir Ya Wahhab (YANG MAHA MEMBERI) dan elakkan tekanan & stress yang tak perlu. Sentiasa berfikiran positif serta ceria selalu.

13- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2 rakaat solat tarawih.

14- Jika perlu, ambil suppliment untuk memastikan badan sentiasa  bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.

ini kerana 1st day puasa susu badan aku sangat2 merudum dalam sejarah BF sehingga kan xcukup bekalan Afina umah BS pada hari 2nd puasa. Jadi terpaksa ambil Afina awal.

ni hasil 1st pum hari 1st puasa. biasa nya boleh dapat lebih lagi tapi apa2 pun aku tetap bersyukur ada rezeki untuk anak aku.
tapi Alhamdulillah hari seterusnya production susu bertambah baik. cukup lah. nak buat stok tak dapat lah.

itu je..

p/s : ingat nak buat Wordless Wednesday hari ni tapi xde picture menarik tanpa kata2.


Tuesday 16 July 2013

Ayam Percik

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

ni menu aku makan waktu berbuka puasa hari ke 5 bersama dengan bihun goreng. yelah makan bihun je mana nak kenyang dengan keadaan aku yang menyusu badan kan. tapi kalau xmenyusu pun tetap xkenyang kot makan mee je.

eh eh eh banyak pulak mukadimahnya..

tengok je lah bahan-bahan yang sangat simple ni..
  • ayam 
  • bawang besar *
  • bawang putih *
  • cili kering *
  • cili padi * (kalau nak pedas bergantung)
  • kunyit hidup *
  • halia *
  • serai *
  • biji ketumbar *
  • garam 
  • gula 
  • asam keping
  • santan
aku buat bahan kuantiti agak2 je xpandai nak letak jumlah kuantiti.
kisar semua bahan yang bertanda * letak lah air sikit lebih paras bahan
pastu ayam masukkan ke dalam kuali perap bersama dengan bahan kisar dalam setengah jam hingga 1 jam
aku dalam setengah jam je perap
pastu hidupkan api perlahan masak kan ayam bersama bahan perap sampai mendidih
(separuh masak je ok sebab nak bakar)
kemudian pindah ayam tersebut dan bakar di dalam pemanggang ajaib
pastu sekali sakala sapu kuah ayam tersebut ke atas ayam tu.
kemudian kuah yang lebih tu masak atas api yang perlahan dan masukkan asam keping sekejap.
bila dah siap bakar ayam boleh lah dihidangkan. kuah yang lebih boleh dihidang skali.
da siap sebenarnya mudah je. cuma nampak banyak sangat step nya.

ini hasilnya
ayam percik. ada juga orang panggil ayam golek atau ayam percik kelantan. xtau lah mane satu yg betul
makan dengan buah betik
betik ni untuk Afina sekali makan nye banyak tapi air kurang jadi bila bagi betik lawas sikit pembuangan dia. boleh ummi ngan abah tumpang sekali makan.
itu lah serba sedikit ilmu yang aku boleh syer. sebenarnya aku xla pndai sangat masak tapi minat mencuba.

selamat mencuba.

itu je...

p/s : hari ini bekal susu Afina 4 botol x 3 oz je xcukup 1 botol. tapi botol ke 5 kadang2 habis kadang x. Ya Allah semoga rezeki anak aku cukup. Amin.


Bihun Gereng

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni da masuk hari ke 7 puasa. genap seminggu macam kejap je. da sibuk2 hari2 masa cepat je berlalu terutama waktu malam.

Nak syer menu berbuka hari ke 5 bihun goreng special saje ubah selera makan mee asek nasi je. tapi nasi masak juga buat ayam percik satu lauk je. aku buat bihun ringkas je ikut bahan yang ada kat umah. tapi bila masak ngam2 nak buka masih panas lagi jadi sangat sedap.

bahan-bahanya :
  • bihun (rendam dengan air)
  • bawang besar *
  • bawang merah *
  • bawang putih *
  • cili kering *
  • ikan bilis kisar
  • isi ayam (potong kecil2)
  • udang
  • sos cili
  • kicap
  • garam
  • gula
  • air panas
  • sawi bunga
  • carrot
  • taugeh
  • minyak masak
  • kiub chicken stok ayam (xmasuk pun xpe nak buat rasa je)
bahan hiasan :
  • telur (masak telur dadar potong nipis2)
  • cili merah (buat jeruk untuk hiasan)
  • timun batang (potong panjang2 sebagai ulam)
  • daun sup dan daun bawang (buat ulam) 
  • limau nipis (perah jus nya bila nak makan bihun)
bila list bahan nya macam banyak pulak. mula-mula kisar semua bahan yang bertanda * tapi aku da siap dalam peti ais ini semua my sayang yang buatkan bila hujung minggu senang nak masak.
masukkan minyak masak kedalam kuali
ketuk bawang putih 2 3 ulas tumis dulu kemudian masukkan isi ayam dan udang goreng sekejap
kemudian masukkan bahan kisar.
pastu terus masukkan sos cili, kicap, gula sikit, garam sikit, ikan bilis kisar sikit buat rase (kalo ikut boleh masuk macam2 sos atas citarasa masing2)
tunggu ayam ngan udang masak sikit
boleh masukkan bihun yang da lembut dan sayur-sayuran
masukkan sedikit air panas
dan kacau sampai masak

siap masak boleh lah hidang

macam ni ..............

Bihun goreng simple tapi bagi aku macam special je. sedap nye bila tengok bihun ni time pose2 ni.
orang goreng bihun ni macam2 cara. ni mungkin cara aku. kalo nak ikut pun blh. bln puasa hari2 masak jadi banyak lah resepi blh dikongsi bersama kawan2 semua.

Selamat Mencuba..

itu je.. kalo ada masa Insyaallah entri ke 2 menyusul.

p/s : semalam menu buka beli lauk ngan kuih je kat bazar balik umah masak nasi  je. rasa macam nak buat kastard jagung lg tengahari ni waktu rehat. jagung ada lagi nanti lame2 takot rosak pulak.


Monday 15 July 2013

Mee Rebus Terengganu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur sebab diberi kesempatan untuk menaip entri yg ke tiga kot hari ni. kalau sempat publish lah.

Mee Rebus ni aku buat ala-ala terengganu. ada jugak orang panggil mee kuah. terpulang kat negeri masing2 nak gelar apa. aku masak ni hari ke 4 puasa yelah masa tu hari sabtu cuti hujung minggu boleh lah masak2 sikit. buka xsedap beli tapi masak sendiri ni rase nikmat dan kepuasan nya. aku ni memang suka masak2 dan suka mencuba.

ok... kita tengok bahan-bahannya.. cite panjang kot orang boring pulak kan. itu pun kalo ada orang sudi baca blog ni.

bahan-bahan untu buat mee rebus :
  • mee kuning (aku pakai setengah je makan 2 orang) rendam dulu sampai kembang dan buang minyak pada mee
  • 1 labu bawang putih (terpulang kalu suka banyak ke sikit)
  • 2 pokok sawi bunga (nak banyak pun xpe
  • 1 ketul isi ayam dipotong kecik2
  • 3 ekor udang
  • garam lada hitam ditumbuk sikit 
  • kiub chicken stok sikit je 1/4 (kalau xmasukkan pun xpe)
  • minyak masak sikit
bahan-bahan hiasan :
- limau nipis
- cili jeruk (potong cili merah dan cili padi kemudian masukkan kedalam cuka serta garam dan gula)
  • cili merah 
  • cili padi
  • cuka
  • garam 
  • gula
cara na buat merebus :
- ketukkan bawang putih tanpa dibuang kulit kemudian tumis sampai garing pun xpe (ni petua oarng cakap bawang putih masak bersama kulitnya tapi basuh dulu ye)
- kemudian masukkan isi ayam yg telah dipotong kecik2 dan udang.
- masukkan garam goreng sampai pecah minyak kemudian masuk air. air ni terpulang nak banyak mana kuah. kalo nak sedap banyak kuah
- bila kuah da mendidih masukkan sawi kemudian masukkan mee kuning dan masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
- siap untuk dihidang bersama lada jeruk dan asam limau nipis

mee rebus/mee kuah yang siap untuk dimakan bersama lada jeruk dan limau nipis
cili jeruk yum yum masam masam manis je pedas xsangat

sedap nye makan mee rebus macam nak buat lagi je petang ni. udang ngan sawi ada lagi mee kuning je xde pun. 2 kali makan aku mee ni.

p/s : ni entri ke 3 untuk hari ni. bulan puasa ni ke buzy an kurang sikit. sebab bulan mulia aktiviti pejabat pun xbanyak tunggu lah pas raya. tahun lepas time macam ni da pikir nak beranak je.



Susu MariGold HL + Shaklee ESP

Assalamualaikum...

Nak cite minumam berbuka puasa aku dari hari 2nd puasa hingga ke hari semalam dan seterusnya hingga habis sebulan ramadhan. hari 1st minum kopi sebab xterpikir nak beli susu.

Segelas susu HL + ESP memang sedap dan sangat mengenyangkan dan terus bertenaga. yelah aku takde niat nak promote apa pun just kongsi aje. aku kan menyusu anak aku jadi perlu tenaga dengan cepat.

buka puasa minum susu dulu sambil suap makan anak. pas siap baru makan. kalo siap suap makan awal aku terus makan lepas berbuka. gilir2 ngan my sayang lah. Afina xboleh biar main sorang2.

air HL tu memang sejuk sikit tapi xla sejuk sangat. aku pun masih pantang lagi minum air sejuk. keluarkan awal sikit dari peti ais baru kurang sejuk. tapi aku tak keluar kan pun. sedap jugak kalau sejuk sikit2 tu. tapi kalu ais aku pantang lagi.

Segelas Susu MariGold HL + Sesudu Shaklee ESP

itu je... saje nak syer.. aku tak tau lah korang semua minum apa. tapi aku teringin nak buka minum tea O panas je macam kat umah kat kg. tapi itulah tak bolah minum tea sangat bila anak menyusu badan ni. ada orang dia tahan. tapi aku tak boleh.

p/s : Alhamdulillah da 5 hari aku berjaya puasa dengan keadaan bf anak sepunuhnya. Ya Allah semoga aku dapat berpuasa dengan baik tanpa memudaratkan aku dan anak aku, semoga anak aku kenyang dengan susu ummi nye. walaupun kadang2 puasa ni efek sangat kat susu badan bila pam di siang hari. nanti aku cite di entri akan datang. Insyaallah.


Puding Kastard Jagung

Assalamualaikum...

Alhamdulillah akhir nya hajat di hati nak buat kuih paling disukai my sayang. kuih fabrek lah senang cite.
aku buat puding kastard jagung ni hari ahad hari minggu hari ke 5 puasa ramadan yelah cuti masa ada. pagi2 hari dalam kul 10 pagi macam tu pi lah ke ah chan sebelah pejabat ni beli tepung kastard dengan jagung dalam tin (sweet corn) bahan lain da ada susu cair dengan gula.

1st time nak buat jadi tak berani nak buat banyak2 aku buat separuh tin je jagung sebab takot tak jd kan membazir pulak. kalu resepi yang aku search kat cik google semua pakai 1 tin jagung ngan susu cair.

jadi mula lah chef menyediakan bahan-bahannya iaitu :

  • 1/2 tin jagung dlm tin (sweet corn)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula (tp aku buat manis sangat kalau kuantiti banyak ni jd kurangkan sikit terpulang kalau suka manis)
  • 3/4 cawan tepun kastard
itu je bahan-bahannya sikit sangat. tapi sukatan kene betul takot terlembik atau terkeras.
ok.. mula-mula 
- bancuh tepung kastard bersama air sampai sebati. 
- pastu masukkan bahan lain dan masak di atas api yg sangat kecil sampai likat dan berkilat (kene selalu kacau takot berketul) mengacau ni adalah dalam 20 minit tengok banyak mana kuantiti yg dibuat
- pastu masuk kan dalam loyang dan tunggu sejuk baru masukkan ke dalam peti ais 


ni baru je masak dan dimasukkan ke dalam loyang untuk disejukkan

puding yg baru keluar dari peti sejuk lepas disejukkan beberapa jam

siap untuk dimakan dan dihidangkan ni aku punya

nak makan dengan kuah pun sedap.

aku buat kuah sikit je ni bahan-bahannya dan cara-caranya :

  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 sudu tepun kastard
  • 1/2 cawan gula (aku letak 2 sudu je takot manis sgt)

- masukkan semua bahan dia atas ke dalam periuk dan kacau sampai sebati.
- pastu panaskan diatas api yg perlahan sampai mendidih.
- masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan dan disimpan di dalam peti ais.

kuah ni boleh juga dimakan bersama buah-buahan koktail atau nata dicoca.

ok.. itu je.. best sangat bila 1st time buat terus menjadi. cuma manis je sikit. pasni kene kurangkan manis dalam makanan. tambah manis dalam senyuman.

p/s : petang ni buka mungkin beli je kot kat bazar. yelah nak masak xsempat ambik my sayang kecik sampai umah da pukul 6. kalu masak terkejar-kejar pastu penat. nak makan pun da xlalu.

Friday 12 July 2013

Selamat Berpuasa (Ramadhan Tahun 2013)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Berjumpa lagi ramdhan tahun ni.. tahun ke tiga berpuasa sebagai isteri kepada suami Shahrul Iwan dan tahun pertama sebagai ummi kepada Afina.
Tahun lepas puasa perut beso masa tu pregnant 33 week mula2 puasa tapi syukur sangat dapat puasa penuh. tahun ni pun harap penuh jugaklah walaupun cik P da mai tapi xteratur. harap2 bulan puasa xmai lah.
keje kat Pahang 1st day puasa xde cuti umum. dengan keadaan cuti tinggal seciput je jd terpaksa kene keje jugak walaupun xlarat.

malamnye sahur air pulak boleh tadok. aduh masa ni lah dia tadok air. kesian lah kalo orang takde tangki air. tapi susah jugak kene mengangkut air. jadi nak tak nak masak simple jelah bayam masak air dengan orang ikan je.

yang bagus nye hari lain Afina bangun kul 4 susu malam sahur boleh tido dengan lenenya. kalo tidak sahur bertiga lah. sian nye pi kerja dalam keadaan xlarat kepala pening. kul 2 tepon abah Afina minta tolong balik awal jemput Afina aku da xblh drive tapi still kat opiz sebab ramai yg cuti.

Walaupun dalam keadaan xlarat tapi blh jugak masak nasi ayam. aku pernah syer resepi kat sini dibantu kesayangan. yelah masa tu pikir nak pi bazar jauh da lah pukul 6. kesian jugak kat my sayang balik keje terus ambik afina pastu terus nak pi bazar kalo dekat takpe. takpelah masak je simple2.

Lepas berbuka solat maghrib terus tido bersama my sayang kecik sampai sahur baru solat isyak. itu pun kepala sakit2 lagi. tapi syukur sangat hari ke 2 sampai ke hari ni dapat puasa dengan baik dengan ada tenaga mungkin sebab sahur ngan buka minum ESP.

Panjang betul entri tanpa gambo ni. xtau lah mungkin ada yg boring nak baca. tapi catatan ni untuk kenangan akan datang.

ok.. itu je..

p/s : pening pikir nak makan apa petang ni. nak masak apa lah sahur nanti. esok cuti hujung minggu dapat tido puas2.. hehehe itu pun kalu my sayang kecik bagi cang.


1st Time Afina Pergi Taman

Assalamualaikum...

1st time bawak Afina pergi taman da 10 bulan baru bawak pergi taman. bukan tak nak bawak tapi umah aku jauh dengan taman. ini pun pergi taman kat Bahau masa balik umah MIL ngan FIL hari tu. Bukan setakat Afina seronok ummi ngan abah tumpang seronok lepak kat taman petang2. Sejuk je dengan pokok. sempat melepas kan gian main buaian. Afina kelip2 mata tengok ummi dia main.

Seronok dapat main dengan frog hahaha cumil sangat bila da pandai pegang sendiri.

Kene paksa main gelonsor. tapi sebenarnya tak pandai lagi acah2 je tu

ok. itu je. entri yang da diperam untuk beberapa hari baru dapat pos. itu ada satu lagi entri ucapan ramadhan. hari da masuk 3 ramadhan.

p/s : hari 1st pose masak nasi ayam. hari 2nd beli je kat bazar. hari ni tak tau lagi.



Tuesday 9 July 2013

Family Day Kecil-kecilan

Assalamualaikum...

Family Day ni di adakan pada 22 hingga 23 Jun 2013 2 hari 1 malam di LE Village Beach Resort di Pantai Balok Kuantan, Pahang. Yang pergi semua member pejabat dan family masing2. yang tak pergi 3 orang je.

Best sangat aktiviti nye ringkas aje.
Check in kul 2 pm. pastu aktiviti sendiri mandi kolam ke mandi pantai. aku aktiviti tido si kecik kot2 malam nak ber BBQ mengatuk pulak. da bangun baru turun kat tepi pantai tolong tengok apa yang boleh di tolong untuk BBQ malam nye.

Aku da ada bb memang xdapat nak buat apa lah. sian kawan2.

malam nye da siap mandi semua da siap bagi Afina makan turun kat tepi pantai. ber BBQ malamnye dengan karoke skali. tapi da time tido Afina cepat2 balik bilik xsempat nak snap picture mujur sempat makan. sedap nya ayam ikan hotdot BBQ makan pulak ngan nasi goreng ngan kepok keping.

Ni kat LPT oh oh oh bantal bucuk Afina pun ada jemur sebenarnya
Barang 3 beranak. macam xnak balik. tapi ini semua barangan wajib bawak semua penting. kalo tertinggal mana nak cari. biar lebih jangan tak cukup
minum petang bekal kek ngan air Radix je. masa ni si kecik tido boleh ummi ngan abah dating jap. minum sementara makan malam.
snap2 picture mengadap pantai. cantik suasana nye tapi macam xpuas je snap picture
ummi ngan Afina same cumil tersengih je
sayang nye picture bertiga ni macam gelap je silap seting kamera kot.
masak nasi untuk buat nasi goreng
ayam untuk bakar BBQ.. yum yum..tapi gambar yg da siap xsempat ambik sebab Afina da ngatuk.
Jumpa member.. macam perigi cari timba pulak. Fitrah pulak malu2.. Afina pulak nak berkawan2.
lepas check out pagi tu pergi jalan2 kat ECM pastu balik ikot jalan lame singgah solat kat Maran tempat tinggal masa bujang.

ok..
itu je kisah suka-suki family day kecil kecilan. kalo dapat bercuti lama lagi kan best.
plan2 pas raya nak pi haneymoon.
Insyaallah tapi cuti tahunan da seciput je.

p/s : Selamat Menyambut bulan ramadhan al mubarak semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. aku juga berdoa supaya susu Afina cukup pada bulan puasa ni. Ya Allah semoga cukup rezeki untuk anak aku. Amin.